Di sebalik serangan media pro Umno menyerang Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh berkaitan isu Lynas, kita patut memberikan pujian dan tahniah kepada PAS Pahang yang terus konsisten dengan prinsipnya membantah projek Lynas di Gebeng yang dijadualkan bermula September nanti.
Meskipun, modal utama media tersebut diambil dari kenyataan oleh Ahli Parlimen PAS iaitu YB Dr Che Rosli, namun ianya tidak sedikit pun mengubah pendirian PAS Pahang untuk mengutamakan kehendak rakyat Pahang yang menolak projek kontroversi tersebut. Penegasan PAS Pahang yang tetap membantah projek berkenaan ternyata gagal untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terutamanya di Pahang.
Semalam media pengampu berkenaan dengan penuh seloka pantun dari Karam Singh Walia menembual beberapa `tukang angguk' sekitar Kuantan yang kononnya baru sedar betapa Lynas itu `selamat' setelah TV 3 membuat beberapa siri pendedahan mengarutnya itu. Maka, Pemuda Umno pun melatah dengan umpan TV 3 tersebut lantas membuat laporan Polis terhadap YB Fuziah Salleh atas alasan Ahli Parlimen Kuantan tersebut memperdayakan rakyat Kuantan malahan kononnya beliau akan menghuru-harakan masyarakat. Agak kelakar tindakan Pemuda Umno Kuantan ini.
Adakah YB Fuziah Salleh takut dengan gertakan Pemuda Umno itu? Jauh panggang dari api, bahkan YB Fuziah Salleh bertindak lebih berani dengan membuat laporan yang sama terhadap media berkenaan termasuk `tukang pantun' yang semakin `karam' dengan politik Umno iaitu Karam Singh Walia. Bermula dari episod Lynas ini, maka zaman Karam Singh Walia dipuja dan dihormati telah berakhir, bahkan beliau kini boleh dianggap sebagai `Ketua Pemuda Umno' untuk menggantikan KJ yang semakin sepi.
Hikmahnya serangan ke atas YB Fuziah Salleh ini akan meningkatkan namanya di bibir rakyat terutamanya di Kuantan. Beliau ditabalkan sebagai Wirawati oleh media pencacai dengan isu ini. Nampaknya kerusi Parlimen Kuantan bertambah sejuk buat YB Fuziah Salleh di dalam PRU akan datang dan kita akan lihat nanti calon-calon dari Umno/Bn di Kuantan pasti akan tersungkur lebih teruk dari tahun 2008.
Percayalah, selepas kita menyambut Hari Raya Idul Fitri ini nanti Pakatan Rakyat akan lebih berani dan kerap mengadakan berbagai aktiviti anti Lynas di Kuantan. Umno jangan fikir mereka sudah boleh berehat dengan bantuan TV 3 ini kerana mereka terpaksa berdepan dengan risiko permainan mereka sendiri. Isu Lynas pasti kembali hangat dan MB Pahang tidak akan mampu tidor lena selepas ini.
ohhh cari begina nk naikkan org PAS.. buat citer2 poyo... pas tu dihentam, pas tu jadi wira.. hu3.. emmm mcm ciiter Anwwar jer... samalah tu yer,,,..
ReplyDelete