KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, August 15, 2011

SELEPAS MEMALI, RAIS YATIM BERBOHONG LAGI TENTANG ISU DEMONTRASI BERSIH

Rais Yatim, seorang menteri yang telah membina semula jambatan yang telah dibakarnya sewaktu keluar dari Umno dan menubuhkan Parti Melayu semangat 46, kini cuba untuk memainkan peranannya selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sepertimana peranan beliau sewaktu peristiwa Memali dahulu. Kali ini MP Jelebu tersebut menjual temberangnya tentang BERSIH pula.

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Rais Yatim mendakwa peserta BERSIH 2.0 pada 09 Julai yang lalu telah dibayar sebanyak RM50.00. Sebagaimana di dalam peristiwa Memali dahulu, menteri ini juga yang berbohong kepada rakyat tentang peristiwa Memali. Ketika itu, rakyat tidak maklumat kisah sebenar kerana waktu itu tiada kemudahan internet seperti sekarang. Kali ini, menteri berkenaan masih menganggap rakyat bodoh dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Bayangkan, jika sejumlah lebih dari 50,000 yang hadir di Ibu Kota pada 09 Jul yang lalu dibayar RM 50.00, berapa banyak kos yang diperlukan oleh BERSIH untuk membiayainya. Selaku Menteri sepatutnya beliau lebih bijak dan berfakta untuk memberikan komen bukan hanya sekadar bercakap semata-mata. Apa yang kita tahu, baju Kuning BERSIH itu pun dijual dan ramai yang membelinya dengan menggunakan wang poket sendiri. Tiada yang percuma, kecuali pihak Polis yang mendapat `percuma' baju itu selepas merampasnya.

Rais Yatim tidak boleh menyamakan kami yang menyokong BERSIH sama dengan ahli-ahli Umno yang mengharapkan `subsidi' kesemuanya. Beliau berkata sedemikian semasa Majlis Berbuka Puasa di Felda Lui Timur, Jelebu. Adakah Rais masih menganggap warga Felda kesemuanya boleh diperbodohkan?

Kenyataan Rais yang mengambil iktibar dari demontrasi ganas di London sekarang ini untuk menyamakan dengan cara BERSIH mengadakan perhimpunan aman pada 09 Jul yang lalu jelas menunjukkan Rais tidak secerdik mana. Beliau mungkin tidak tahu apa isu yang berlaku di London dan apa isu yang diperjuangkan oleh BERSIH. Benarlah kata orang, tidak semua Menteri itu cerdik.

Tidak hairanlah jika kita lihat di dalam slot berita di TV, peristiwa demontrasi ganas di London dijadikan berita utama setiap hari. Strategi mereka adalah untuk memberitahu kepada rakyat yang masih bodoh agar mempercayai BERSIH juga bermatlamat seperti para peserta demontrasi di London. Usaha ini dilakukan setelah slot tayangan video menunjukkan pihak Polis `mesra' dengan para peserta BERSIH 09 Jul yang lalu tidak mendapat kesan positif kepada rakyat. Sukar untuk rakyat mengakui pihak Polis begitu `mesra' pada 09 Jul tersebut.

Rais Yatim masih tetap mahu mempertahankan pihak Polis di dalam perkara ini. Sudah menjadi amalan, `I help u, u help me' dalam kerajaan Umno/Bn. Apabila pihak Polis dilihat seperti menyokong kerajaan Umno/Bn di dalam demontrasi BERSIH 2.0 yang lalu, kini pihak kerajaan Umno/Bn pula terpaksa membantu Polis di dalam membersihkan imej pasukan itu yang kini berada di tahap paling rendah setaraf dengan JPN dan SPR.

Rakyat tidak lagi terpedaya dengan kata-kata menteri yang sejak dari era Mahathir, era Pak Lah dan kini era Najib tidak berhenti-henti mengampu. Adakah beliau masih berhajat untuk berada di kerusi Parlimen Jelebu di dalam PRU akan datang? Jika itu hajatnya, saya yakin bahawa Rais Yatim akan kecundang lebih awal di Jelebu kerana di dalam Umno Jelebu sendiri tidak memerlukan beliau sebagai calon selepas ini. Zaman Rais bakal berakhir seperti berakhirnya zaman bas sebagai pengangkutan awam di Jelebu.

Kemunduran di daerah Jelebu termasuk di kawasan bandar Kuala Klawang itu sendiri menunjukkan Rais Yatim tidak lagi diperlukan di Jelebu. Difahamkan beliau bakal ditentang oleh Adun Kuala Klawang, YB Yunus Rahmat di Jelebu di dalam kerjaya politiknya. Jelebu tidak boleh membangun dengan hanya memiliki seorang Ahli Parlimen yang hanya tahu bercakap bodoh. Hakikatnya, Rais Yatim gagal membawa perubahan di Jelebu. Beliau kini sudah mula merasai terancam di Jelebu di mana sekarang ini pengaruh pembangkang terutamanya PAS di Jelebu semakin ketara.

Sehubungan itu, Rais kini telah mula turun ke akar umbi untuk menyekat pengaruh pembangkang di kawasan tersebut. Isu Robengah masih panas dimainkan di Jelebu walaupun beliau berjaya menyaman seorang penulis Blog, Sharpshooter. Beliau hanya berjaya di mahkamah tetapi bukan dihati rakyat Jelebu.

No comments:

Post a Comment