KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, August 10, 2011

Orang Asal Kuala Krau diberi pilihan samada untuk memperjuangkan geran tanah kekal atau mahu tanah yang diwartakan atau kedua-duanya sekali

Sebaik sahaja selesai mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau jam 3.00 petang tadi, saya bersama Kak Hendon, memulakan lawatan ke beberapa kampong Orang Asal didalam DUN Jenderak.

Sesampai ke Kampong Penderas, kami terus singgah di rumah Chim. Kebetulan beliau ada dikawasan rumahnya bersama-sama dengan 2 orang tetamu dari Kg Sg Mai yang saya kenali dan yang saya sangat berhajat untuk bertemu.

Berdiri dibawah pokok rambutan yang rendang, saya menerangkan dasar tanah untuk orang Asal seperti yang telah dirumuskan didalam Forum Dasar Tanah Orang Asal yang diadakan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban pada bulan yang lalu.

Rumusan dasar tanah itu adalah jalan tengah atau kompromi dari dua tuntutan yang berbeza dari Orang Asal dengan tuntutan pertama mahukan tanah Orang Asal iaitu termasuk tanah adat, tanah rayau, tanah kubur, tanah ladang, tanah kampong dan tanah untuk kemudahan awam dan kemudahan asas diwartakan dan sebarang pencerobohan keatas tanah yang diwartakan itu adalah satu kesalahan jenayah yang berat, mereka menolak tanah yang digerankan; manakala tuntutan pihak kedua mahukan tanah ladang mereka dan tanah kampong mereka diberikan geran kekal.

Setelah perbincangan yang panjang lebar satu keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak telah tercapai iaitu tanah Orang Asal hendaklah diwartakan dan tanah yang diwartakan itu termasuklah tanah adat, tanah rayau, tanah kubur, tanah ladang, tanah kampong dan tanah untuk kemudahan asas dan awam; kepada mana-mana penduduk yang berhajat kepada tanah mereka iaitu tanah kampong dan tanah ladang digerankan bolehlah membuat permohonan kepada pihak berkuasa berkenaan; bagi mana-mana penduduk yang tidak mampu membayar cac termasuk premium, maka mereka bolehlah membuat bayaran secara beransur-ansur didalam tempoh tertentu.

Kedua-dua pihak menolak dasar tanah yang dikemukakan oleh UMNO/BN seperti terkandung didalam Akta 134 sebagai dasar yang merugikan Orang Asal.

Saya telah tinggalkan Borang Untuk Tanah Orang Asal itu kepada Sdr Chim untuk beliau pergi dari rumah ke rumah mendapatkan pandangan daripada penduduk kampong samada mahukan tanah mereka digerankan atau diwartakan atau kedua-dua sekali.

Saya juga menyerahkan Borang yang sama kepada 2 orang rakan dari Kampong Sg Mai tersebut. Kemudian saya pergi ke rumah Nyah Kasim, dan saya sungguh bernasib baik kerana Kin Kasim ada di rumah tersebut, Kin adalah adik kepada Nyah. Saya membuat penerangan kepada Kin dan menyerahkan Borang yang sama kepada Kin. Kin adalah Ketua PKR Ranting Kg Penderas.

Kemudian kami pergi ke Kg Pasu, penerangan yang sama telah saya berikan kepada Basri Hok, Ketua PKR Ranting Kg Pasu, dan menyerahkan borang tanah tersebut kepadanya untuk beliau pergi rumah ke rumah mendapatkan penduduk mengisikan Borang tersebut. Terlebih awal kami telah bertemu dengan Sdr Mustafa Sik dan Sdr Peter Mudam, kedua-duanya AJK PKR Kg Pasu yang juga diberikan penerangan yang sama dan saya juga telah menyerahkan Borang Tanah yang sama kepada mereka.

Selesai di Kg Pasu, kami terus ke Kg Terbol dan dapat bertemu dengan Sdr Zainal Cok, Ketua PKR Ranting Kg Terbol. Setelah memberikan penerangan kepada beliau saya serahkan Borang Tanah tersebut untuk beliau menjalankan kerja di Kg Pasu.

Menghala jalan pulang, kami singgah di Kampong Pian, dapat bertemu dengan Sdr Wan Kisam bin Daud, Ketua PKR Ranting Kg Pian. Beliau nampak begitu keletihan kerana inilah Ramadhan pertama bagi beliau setelah memeluk Islam diawal tahun ini. Saya membuat penerangan yang sama kepada beliau dan sesudahnya saya menyerahkan borang tersebut kepadanya untuk beliau menjalankan kerja di Kg Pian.

Kemudian saya pergi ke rumah Nazmi, Ketua PKR Ranting Lubok Wong, tetapi beliau tiada dirumah, anaknya memberitahu bahawa Nazmi bertugas di luar kawasan dan tidak balik ke rumah untuk beberapa hari lagi. Saya terus pergi ke rumah Alias Abdullah, bekas Ketua Ranting PKR Lubok Wong. Saya membuat penerangan kepadanya dan kemudiannya menyerahkan borang tersebut untuk beliau menjalankan kerja dikalangan penduduk.

Terlebih awal saya telah menerangkan dasar tanah untuk Orang Asal kepada wakil Kampong Paya Pelong, Wakil Kg Seboi dan Wakil Kg Mendoi dan menyerahkan Borang yang sama kepada wakil-wakil tersebut.

Hanya dua buah kampong saja lagi yang saya belum kesempatan memberi penerangan iaitu Kg Rekoh dan Kg Beredut. Semua Borang-Borang yang diserahkan kepada Ketua-Ketua Ranting Linkdan wakil-wakil Ranting PKR itu akan diisipenuhkan oleh penduduk-penduduk kampong Orang Asal dan dikembalikan kepada Sekretariat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR pada 20hb Ogos 2011 di Pelancaran Borang tersebut yang akan dirasmikan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang di Dewan Sekolah Al-Mukmin Temerloh jam 2.00 petang.

Semua Ketua-Ketua dan Jawatankuasa Cabang-Cabang di Negeri Pahang dijemput hadir ke Majlis tersebut, Majlis Berbuka Puasa akan diadakan di rumah Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang di Temerloh./Lubok Kawah

No comments:

Post a Comment