KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, August 2, 2011

CABANG PAYA BESAR TERTINGGI MENDAFTAR KEAHLIAN BARU

KEADILAN Negeri Pahang kini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan keahlian parti sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan parti yang mahukan setiap negeri mensasarkan dua kali ganda keahlian yang ada.


Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi sedang mempengerusikan Mesyuarat MPN

Di dalam Mesyuarat MPN di Ibu Pejabat Keadilan Negeri di Kuantan pada 23 Jul baru-baru ini, Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah meletakkan objektif setiap Cabang PKR di negeri ini melipatgandakan usaha untuk menambah keahlian dan ini merupakan salah satu KPI buat setiap kepimpinan Cabang.

Sehingga Jul 2011, Cabang PKR Paya Besar telah menjadi Cabang paling ramai berjaya mendaftarkan keahlian baru. Cabang yang diketuai oleh Tuan Hj Zahari ini juga dilihat begitu aktif menjalankan aktiviti parti. Kini, Cabang berkenaan sedang menumpukan ke kawasan Peneroka di Lepar dan ini telah berjaya ditembusi yang mana sebelum ini kawasan tersebut merupakan kubu kuat kepada Umno/Bn.


Ketua Cabang PKR Paya Besar, Tuan Hj Zahari

Pimpinan Negeri mengharapkan usaha yang sama dilakukan oleh semua cabang di seluruh Negeri Pahang kerana ini lah masa yang sesuai dan tepat untuk kita menyelami jiwa dan hati rakyat kerana kita sedia maklum rakyat kini khususnya di Negeri Pahang begitu terhimpit dengan kesusahan. Isu kenaikan harga barang keperluan, tambahan pula menjelang Ramadhan, kemudian menyambut Hari Raya Idul Fitri dan rakyat terpaksa pula berbelanja untuk persiapan awal tahun persekolahan harus dikongsi bersama oleh parti kita.

Sikap MB Pahang yang melepaskan tangan dengan kegagalannya menguruskan negeri ini dengan baik amat menyedihkan. Kenyataan MB Pahang yang menyebut negeri ini mempunyai banyak hutang adalah demi rakyat, merupakan satu kenyataan yang tidak bijak dan menyerlahkan kelemahan kepimpinan beliau dan Umno/Bn keseluruhannya. Isu ini akan kita perjelaskan kepada rakyat agar mereka tidak terpedaya dengan alasan-alasan pemimpin Umno yang ingin menyembunyikan kelemahan mereka.

Setiap Cabang beserta seluruh jenteranya perlu berada di dalam keadaan `siap siaga' untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa mulai sekarang. Paling penting, gerak kerja yang tersusun dan sistematik perlu dirancang secara bersepadu bersama dengan rakan kita di dalam Pakatan Rakyat. Pengerusi MPN juga mahu agar setiap Cabang yang ingin mengadakan program samada berbentuk ceramah atau sebagainya melaporkan kepada Ibu Pejabat Parti Negeri terlebih dahulu bagi mengelakkan pertindihan program.

Keadilan Pahang optimis dengan gerak kerja yang berterusan yang dilakukan oleh parti di samping kerjasama erat dari rakan di dalam Pakatan Rakyat akan membuahkan hasil di dalam PRU ke 13 nanti, InsyaAllah.

1 comment: