KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, August 15, 2011

KAWASAN FELDA DAN ORANG ASAL AKAN DIGEMPUR SELEPAS RAYA NANTI

Pahang bukan lagi negeri yang selamat buat Umno/Bn di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Jika dahulu kekuatan Umno/Bn tertumpu di kawasan felda dan beberapa kawasan pedalaman yang miskin, kini mereka tidak lagi boleh mengharapkan tuah yang sama.

Pakatan Rakyat di Pahang kini mula menjelajah dari satu kawasan ke satu kawasan di seluruh pelusuk bumi negeri Tok gajah ini. Pengakuan MB Pahang, Dato' Adnan Yaakob yang menyatakan terpaksa berhutang demi rakyat sudah cukup menggambarkan Umno/Bn sudah kehabisan idea dan perancangan untuk membangunkan negeri Pahang. Apalah ertinya rakyat Pahang memilih pemimpin yang hanya memerintah untuk memperbanyakkan hutang bukan untuk menambahkan hasil dan pendapatan negeri.

Kawasan Felda kini menjadi sasaran Pakatan Rakyat di bawah peneraju utamanya Tuan Haji Suhaimi Said selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang asal PKR Pusat. Komitmen beliau nampaknya semakin tinggi apatah lagi apabila melihat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat felda dan orang Asal itu sendiri. Tiada lagi kawasan felda yang gagal ditembusi oleh pakatan Rakyat di negeri Pahang ini.

Memetik catatan yang dibuat oleh Tuan Hj Suhaimi Said melalui Face Book, mulai 10hb hingga 16hb September, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan mengadakan lawatan kerja ke Negeri Pahang; minima 12 ceramah dan dailog diadakan di rancangan2 Felda dan perkampongan Orang Asal. Program ini jelas membuktikan betapa seriusnya Pakatan Rakyat untuk mengambil alih teraju pentadbiran negeri Pahang.

Apa yang perlu sekarang ini, kesemua Cabang PKR terutamanya dikehendaki turun padang menemui akar umbi untuk mengenalpasti masalah rakyat di samping menjalinkan hubungan silaturrahim sebaik mungkin. Di samping itu, kita jangan alpa dengan segala taktik jahat pihak musuh. Jentera perlulah digerakkan mulai sekarang tanpa penangguhan. Kerjasama erat mestilah diperkuatkan bersama rakan kita di dalam PAS dan DAP.

Ibu Pejabat PKR Negeri akan memantau persiapan semua Cabang dari masa ke semasa dengan mengadakan lawatan mengejut untuk mengetahui sejauh mana Cabang telah melaksanakan arahan yang diberi. Jangan terkejut jika negeri Pahang akan beralih kerajaan selepas Pilihanraya Umum akan datang ini.

No comments:

Post a Comment