Pemuda UMNO seharusnya merasa tercabar atau setidak-tidaknya merasa malu apabila Najib dengan senang hati menganugerahkan dua jawatan kepada MIC di dalam kabinet. Mereka patut bertanya apa kurangnya Ketua Pemuda Umno jika dibandingkan dengan Palanivel.
Jika MIC mendapat tambahan kerusi di dalam Kabinet, Ketua Pemuda Umno setidak-tidaknya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Palanivel, biar Pemuda Umno bekerja di bawah Presiden MIC pun tidak mengapa asalkan dilihat Ketua Pemuda Umno ini diiktiraf juga. Tetapi, malang kerana Umno seolah-olah tidak mengiktiraf Pemuda Umno dan memang wajar jika KJ sendiri pernah berkata beliau mungkin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau di dalam PRU akan datang.
Mengapa Najib begitu mengikut kata MIC? Adakah kerana Presiden MIC itu `mengancam' Najib seperti di dalam ucapan dasarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-65 parti itu? "BN harus sedar tentang masalah masyarakat kami kerana jika tidak berhati-hati kita mungkin dalam bahaya hilang kedudukan dalam politik di negara ini. Jika PM (Datuk Seri Najib Abdul Razak) boleh penuhi (permintaan kami), kami beri jaminan undi masyarakat India akan kembali kepada BN,” katanya (Malaysiakini).
Ternyata Najib merasa takut dan bimbang dengan ucapan dari Presiden MIC itu. Undi adalah segala-galanya buat Najib untuk mengekalkan kuasa politiknya. Najib sedar `risiko' jika parti beliau kehilangan kuasa nanti kerana semuanya bakal terdedah. Justeru itu, beliau sanggup tunaikan apa jua tuntutan walaupun terpaksa mengecewakan Pemuda Umno itu sendiri.
Pemuda Umno sudah semakin tumpul taringnya di mata Umno. Ini terbukti apabila KJ sendiri gagal mengumpulkan Pemuda Umno untuk bersama dengannya membela Najib sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini. Tidak mustahil, satu masa nanti Pemuda Umno hanya diperkuatkan dengan kemasukan `Pemuda Bangla' sepertimana yang telah dibuktikan oleh KJ pada 09 Jul lalu. Malang sungguh Pemuda Umno, bertuah sungguh MIC.

No comments:
Post a Comment