KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, December 19, 2014

SAHAM FGVH JATUH - RAKYAT PAHANG TANGGUNG KERUGIAN? - ADUN SEMAMBU

 
 
Semasa penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, saya difahamkan Kerajaan Negeri Pahang telah membeli 5% saham FGVH, ataupun bersamaan dengan 182 juta unit saham. Mengikut Penyata Kewangan Negeri Pahang 2013, nilai buku saham FGVH yang dipegang oleh Negeri Pahang pada tahun 2013 adalah sejumlah RM829,954,466.25. Harga pasaran saham pada ketika itu adalah RM4.55 seunit.

Namun, nilai saham FGVH telah jatuh secara mendadak sejak beberapa bulan ini, dan mencatat nilai terendah semalam (15 Disember 2014), iaitu hanya bernilai RM2.37 sahaja. Ini bermaksud jika Kerajaan Pahang ingin menjual saham yang dipegang sekarang, rakyat Pahang terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM397,648,513.50. Ini belum lagi termasuk kerugian berbilion ringgit yang bakal ditanggung oleh 112,635 orang peneroka di Pahang dan seluruh negara.

Saya faham Felda merupakan asset penting dan sentimental bagi Negeri Pahang, dan tujuan pelaburan saham berkenaan mungkin untuk menjana pendapatan. Namun, keputusan tersebut kelihatan kurang tepat sehingga warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian hampir RM400 juta tersebut.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa kerugian besar itu adalah sebesar lebih kurang separuh (49%) daripada anggaran hasil Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2014 iaitu RM811 juta. Kewangan Negeri Pahang akan mengalami krisis besar seandainya nilai saham tersebut terus menjunam, apatah lagi tahun depan bakal melihatkan kemelesetan dan krisis ekonomi sedunia.

Sekiranya Kerajaan UMNO/BN Pahang merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, mereka harus menjelaskan kepada rakyat mengapakah Kerajaan Negeri Pahang sanggup mendedahkan negeri kepada risiko kewangan yang begitu tinggi, dan apakah strategi mereka untuk menangani keruntuhan harga saham FGVH.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat
 
 

Thursday, December 18, 2014

KRISIS EKONOMI SEMAKIN TERUK, NAJIB SUDAH GELABAH?

PETALING JAYA NOV : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim berkata keadan ekonomi negara pada masa ini berada pada tahap yang kritikal.

Bagaimanapun kerajaan Umno-BN tidak mempedulikan perkara berkenaan walaupun sebelum ini beliau pada Ogos tahu lalu telah memberi peringatan bahawa krisis kewangan bakal malanda di Malaysia akibat daripada salah urus ekonomi negara.

Namun, tindakan Perdana Menteri untuk membenamkan permasalahan dengan mengambus segala masalah kewangan hari ini membebankan rakyat sekaligus memperjelaskan kegagalan kerajaan untuk mempraktikkan kewangan berhemah, kebertanggungjawab serta ketelusan.

“Di dalam keadaan ini, kita sedang menuju ke suatu krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dan juga penyusutan nilai ringgit kepada paras yang belum pernah dilihat semenjak Krisis Kewangan Asia 1997.

“Ditambah pula dengan penyusutan nilai ringgit berbanting USD kepada hampir 3.5000 (1 USD : RM 3.50), rakyat akan menghadapi masa hadapan yang kelam akibat kenaikan harga barang makanan terutama sekali yang diimport.

 
 
“Di mana kepimpinan kita? Tidak pernah satu pun kenyataan daripada Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan mengenai ekonomi negara dan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Tambahnya lagi, sehingga hari ini tiada tindakan yang dilakukan kerajaan berikutan permasalah yang berlaku, sebaliknya hanya terus membuat penafian tanpa sebarang jalan penyelesaian.

“Dengan pendapatan yang semakin berkurangan dan bebanan hutang yang terus membengkak, adakah kita akan terus mebuat satu lagi 1MDB? Ini sudah menjadi ibu segala skandal dan rakyat sudah muak dengan semua ini.

“Negara pastinya akan menghadpai risiko penurunan taraf, pertumbuhan ekonomi akan terjejas dnegan penguncupan aktiviti ekonomi domestik.

“Apa yang lebih menakutkan adalah ekonomi kita tidak dikemudi dengan baik dan nakhodanya juga tidak kelihatan,” ujarnya.

Monday, December 15, 2014

ANWAR UCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PROGRAM DI KUANTAN SEMALAM

KEADILAN Negeri Pahang ingin menyampaikan ucapan Tahniah dan Syabas kepada semua petugas parti yang telah bekerja keras menjayakan Program Amanat Pimpinan bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah diadakan pada Sabtu (13/12/2014) bertempat di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan.  KEADILAN Pahang juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat yang telah hadir di dalam program malam semalam.



Ketua Umum juga mengucapkan tahniah di atas sambutan yang diberikan walaupun beliau sendiri merasakan agak sukar menjayakan program di dalam notis yang diberikan terlalu singkat iaitu beberapa hari sahaja, apatah lagi dengan program yang padat di sebelah petang itu juga dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pimpinan-pimpinan KEADILAN kawasan Pantai Timur.

Alhamdulillah, di luar jangkaan kehadiran berbanding dengan masa yang diberikan untuk mempromosikan seluas mungkin program yang diatur, tambahan pula cuaca yang amat baik pada malam tersebut.  Ramai yang menjangkakan program malam tadi mungkin sedikit terjejas kerana promosi yang banyak tertumpu di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota sahaja tambahan pula di musim cuti persekolahan ini.  Namun, apa yang dapat dilihat malam semalam ianya tidak seperti yang diramalkan meskipun tidak sehebat program-progran sebelum ini yang telah dirancang dan diatur lebih awal.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman
Orang ramai ikuti pidato Anwar di hadapan pentas
Ramai juga yang memenuhi tepi dan belakang pentas

Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu bersemangat menyampaikan pidatonya dengan menyentuh beberapa isu, di antaranya isu kepentingan agama, kalimah Allah, Kitab Bible Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja,  isu rasuah dan penyelewengan.  Beliau juga memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tetap istiqomah menentang ketidakadilan dan kezaliman rejim Umno/Bn.  Beliau turut tegas menyatakan apa pun terjadi ke atas dirinya, beliau tetap terus bersama rakyat melawan rejim.

Sebelum itu, di sebelah petangnya Ketua Umum telah mengadakan pertemuan tertutup dengan semua kepimpinan Pantai Timur, Pahang, Terenganu dan Kelantan bertempat di Pusat Khidmat Adun Semambu.

Selain dari Dato' Seri Anwar, turut berucap adalah Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.  YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua, Sdr Syed Ibrahim (Ketua Penerangan KEADILAN Pusat) dan Sdr Ahmad Nizam Hamid juga turut berucap.  Turut hadir adalah Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang.

Friday, December 12, 2014

ANWAR BERKUNJUNG LAGI KE PAHANG ESOK, SABTU (13/12/2014)


Jelajah "Rakyat Hakim Negara' kali kedua kini kembali lagi di bumi Pahang.  Sebelum ini program tersebut telah diadakan di Maran, Pahang dan kali ini lokasinya adalah di Kuantan.

Pada hari Sabtu ini (13/12/2014) bermula jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat (Pejabat PKR Negeri yang lama), Jalan Beserah (berhadapan Poliklinik Beserah), Kuantan kita berpeluang untuk mendengar amanat dari Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan dari Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, semua rakyat Pahang dijemput untuk menghadiri program tersebut bagi mendengar maklumat-maklumat terkini berkaitan isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang tersebut.  Di samping itu juga, kita juga akan mendengar pidato hebat dari YB Sdr Rafizi Ramli dan juga dari YB Nurul Izzah di samping pimpinan utama negeri.

Pada sebelah petang sebelum itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan parti KEADILAN di Pantai Timur.

Mohon hebahkan.

Thursday, December 11, 2014

TAHNIAH - DATO' FAUZI KEKAL TERAJUI KEADILAN PAHANG

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota



Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah dilantik semula untuk meneruskan tugas dan amanahnya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang berkuatkuasa 11 November 2014.  

Surat Pekeliling berkaitan perlantikan yang disahkan oleh Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah Ismail telah pun dikeluarkan bagi kesemua negeri.

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan semula YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota.  Beliau juga adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Membasmi Rasuah (JKMR) yang diwujudkan bagi membantu dan memantau penugasan SPRM di dalam menangani gejala rasuah di negara ini.

Perlantikan beliau amat tepat sekali memandangkan prestasi Parti KEADILAN khususnya di Pahang di bawah pentadbiran beliau mendapat lonjakan di dalam PRU 13 yang lalu di mana berjaya mengekalkan dua Kerusi Parlimen (Kuantan dan Indera Mahkota), di samping menambah dua lagi Kerusi Dun iaitu Dun Semambu dan Teruntum.  Di samping itu, kerjasama yang baik di antara PR di Pahang di dalam PRU 13 yang lalu membuktikan beliau seorang yang sentiasa bertolenrasi dan tegas di dalam membuat keputusan bersama.

Di dalam Mesyuarat MPN selepas ini nanti besar kemungkinan terdapat beberapa perubahan di dalam beberapa Jawatankuasa MPN bagi mengikuhkan lagi prestasi Parti KEADILAN di dalam menghadapi PRU 14 yang akan datang.  

Semoga KEADILAN Pahang terus berjaya.

Monday, December 1, 2014

Kekal Akta Hasutan : Najib terus mungkir janji

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan beliau ketika ditemui di lobi parlimen hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menepati janjinya yang sebelum ini ingin memansuhkan Akta Hasutan.

Katanya, Najib seharusnya menjelaskan kepada rakyat dengan alasan yang konkrit, bukannya memberi alasan kononnya demi jaminan keselamatan negara dan orang Melayu.

 
 
“Saya kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkiri janji dan nampak tunduk dengan arahan golongan yang dianggap kanan, dan cuba mengekang kebebasan serta menekan pimpinan pembangkang dan aktivis,” katanya ringkas kepada pemberita.

Najib hari ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Turut ditanya mengenai kertas putih yang dibentangkan Najib semalam di Parlimen, Anwar turut menyatakan ia adalah salah satu usaha dan cubaan untuk terus menyekat kebebasan serta memberi tekanan kepada rakyat.

“Dalam menyokong kertas putih itu, saya melahirkan kebimbangan kerana itu adalah salah kerana cuba untuk melebarkan jaringan tekanan mereka,” katanya lagi.

Kertas putih tersebut mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah, POCA, dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.

“Jadi apa yang dicadangkan itu bukan setakat membatalkan, malah menggunakan alasan yang kononnya ini sahaja yang akan menjamin keselamatan negera dan orang Melayu.

“Tetapi, saya konsisten dan tuntas dengan pandangan bahawa nasib masyarakat orang melayu yang pastinya terbela dengan pengurusan dan tatakelola yang baik supaya mengelak negara dengan kecurangan ekonomi, pembolotan kekayaan oleh segelintir, itu adalah isu pokoknya,”ujarnya lagi./KD

Thursday, November 27, 2014

Akta Hasutan hanya lindungi pemimpin Umno seperti Shahrizat

(Oleh Ermizi Muhamad)

KUALA LUMPUR 25 NOV: Akta Hasutan digunakan untuk melindungi pemimpin Umno yang terlibat dengan salahgunakuasa termasuk lah Datuk Seri Shahrizat Jalil, kata Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Shahrizat dalam Perhimpunan Agung Umno yang meminta kerajaan meneruskan Akta Hasutan dan dalam masa sama, mengekalkan Akta Hasutan.

 
 
Katanya, rakyat tidak lupa pelbagai penyelwengan dilakukan pemimpin Umno termasuk skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno itu.

“Shahrizat bercakap seolah-olah beliau itu pemimpin yang baik. Mungkin Shahrizat terlupa isu NFC suatu ketika dahulu, tapi dia perlu ingat, rakyat tidak pernah lupa penyelewengan itu.

“Persoalannya, kenapa Shahrizat dan pemimpin Umno yang lain bersungguh-sungguh mahu akta itu dikekalkan sedangkan akta itu hanya digunakan untuk lindungi pemimpin Umno sahaja dan mereka yang menentang dasar kerajaan akan didakwa.

“Sehingga kini, tiada tindakan dikenakan khususnya kepada mereka yang bersifat pro-kerajaan,” katanya yang turut mempersoal kenyataan Ibrahim Ali dan pemimpin Umno lain yang bebas mengeluarkan kenyataan menghasut.

Jelas Haniza lagi, kerajaan Barisan Nasional di bawah pentabiran Perdana Menteri, Najib Razak perlu mengotakan janji yang dibuat beliau untuk memansuhkan akta peninggalan British itu.

“Saya sebenarnya tak ada masa nak ikuti ucapan-ucapan Wanita, Puteri atau Pemuda Umno yang tidak habis-habis mengulangi kenyataan untuk minta Perdana Menteri kekalkan akta itu.

“Apa yang penting, Perdana Menteri perlu tunaikan janji beliau untuk mansuhkan Akta Hasutan. Najib perlu sedar, pemimpin yang baik bukan pemimpin yang ingkar janji,” tegasnya./KD

Tuesday, November 18, 2014

Persempadanan semula: SPR mesti penuhi prinsip ’1 orang, 1 undi’

Kami, Dr Mujahid Yusoff Rawa (PAS-Parit Buntar), Ng Wei Aik (DAP-Tanjong), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) telah dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mewakili kerajaan negeri dalam urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi negeri Pulau Pinang. Perlantikan kami telah ditetapkan pada 26 September 2014 oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini dipercayai adalah jawatankuasa yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia. Ini menunjukkan betapa serius Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang perkara ini.

 
 
Menurut laporan akhbar, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan proses persempadanan semula akhir tahun ini. Kami memerhati perkembangan ini dengan teliti dan ingin bekerjasama dengan SPR dengan hati yang terbuka.

Kami menyeru SPR mencadangkan persempadanan semula dengan mematuhi prinsip “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” (Fair Delimitation, Effective Parliament). Butiran adalah seperti berikut:

Persempadanan Adil – Perlaksanaan Prinsip “1 orang, 1 undi, 1 nilai” dalam Persempadanan Semula Pilihanraya

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2012 telah mencadangkan dalam syor ke-20nya supaya persempadanan semula kawasan pilihanraya mengambilkira wajaran kawasan luar bandar dan juga memenuhi prinsip “satu orang, satu undi”. SPR mesti akur kepada syor Parlimen ini dan menghapuskan gejala “pembahagian tidak sekata” (malapportionment) dan “persempadanan tidak adil” (gerrymandering).

Parlimen Efektif – Memastikan keberkesanan Parlimen/DUN

Pengundi mengundi Ahli Parlimen/ADUN untuk membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Ini adalah tugas utama wakil rakyat. Dengan bertambahnya wakil rakyat, kuasa perwakilan dan fungsi setiap seorang wakil rakyat berkurangan. Semakin ramai ahli Parlimen/ADUN, semakin susah untuk menuntut peruntukan kawasan atau grant pembangunan untuk kawasan.

Jika Parlimen menjadi terlalu besar, wakil rakyat juga akan kurang peluang berbahas dan membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Kebanyakan negara tidak mengubah bilangan kerusi dalam Parlimen/DUN. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, House of Representatives (dewan bawahan) dalam Kongres mempunyai 435 orang ahli pada tahun 1911 dan tetap 435 pada hari ini, sungguhpun penduduk telah bertambah menjadi tiga kali ganda. Di India, saiz Dewan Rakyatnya dihadkan kepada 552 sahaja.

Jika SPR ingin mencadang penambahan kerusi, mereka harus menyakinkan rakyat bagaimanakah Parlimen akan menjadi efektif dengan pertambahan kerusi.

Pihak kami akan mengambil 2 prinsip di atas iaitu “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” sebagai rujukan utama dalam menasihati kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menilai cadangan persempadanan kerusi Parlimen/DUN di negeri Pulau Pinang oleh SPR.

Pihak kami juga akan mengambil langkah proaktif untuk memulakan roadshow kami untuk mengambil maklum balas daripada pihak kerajaan negeri, PBT, Ahli Parlimen dan ADUN, orang awam, NGO-NGO, persatuan penduduk, parti-parti politik sebagai langkah outreach kami.

Hasil daripada usaha itu, kami akan menyediakan laporan penuh untuk membentangkan cadangan dan syor-syor kami kepada Ketua Menteri dan Pihak Berkuasa Negeri.

Jawatankuasa Urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar (PAS)

Ng Wei Aik
Ahli Parlimen Tanjong (DAP)

Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru (KEADILAN)

Saturday, November 15, 2014

TAKLIMAT PERSEMPANAN SEMULA OLEH SPR PADA 16 NOV 2014 (AHAD) DI INDERA MAHKOTA

"TAKLIMAT PERSEMPANAN SEMULA OLEH SPR"

TARIKH: 16/11/2014 (AHAD)

MASA: 10.00 PAGI

TEMPAT: PEJABAT PARLIMEN INDERA MAHKOTA, B 170, TINGKAT 1, LORONG IM 8/33, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN.

TAKLIMAT AKAN DISAMPAIKAN PENGARAH PILIHANRAYA PUSAT (YB NURUL IZZAH ANWAR) DAN BADAN NGO.

KETUA-KETUA CABANG, SU CABANG DAN PENGARAH PILIHANYA CABANG DIJEMPUT HADIR.

SILA SAHKAN KEHADIRAN TUAN PUAN SEBERAPA SEGERA KEPADA SUK NEGERI.

Thursday, November 13, 2014

Kerajaan Selangor komited dapat nilai terbaik daripada penstukturan air

Kerajaan Selangor komited dapat nilai terbaik daripada penstukturan air

Kerajaan Negeri Selangor berbesar hati mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”) telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) seperti mana disyaratkan oleh Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor (“Perjanjian Induk”) bertarikh 12 September 2014 yang dimeterai di antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
Pembelian saham dari PNHB ini melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) yang dimuktamadkan pada hari terakhir tempoh masa yang telah disyaratkan oleh Perjanjian Induk.

Dengan pembelian saham ini, sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi SYABAS dan PNSB. Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Langkah seterusnya di dalam proses penstrukturan industri air ini ialah memuktamadkan pengambilalihan dua lagi syarikat konsesi iaitu ABASS dan SPLASH mengikut kerangka dasar yang menjamin kepentingan rakyat Selangor.

Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan 4 syarikat konsesi (PNSB, SYABAS, ABASS dan SPLASH) telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang-ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.

Ruang-ruang ini termasuklah memastikan pembinaan Projek Langat 2 (baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan) dinilai secara objektif oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak ada unsur-unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat.

Saya yakin dengan amalan keterbukaan dan ketelusan yang dititikberatkan oleh pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor dalam proses penstrukturan air, Kerajaan Negeri Selangor akan berjaya mencapai persetujuan dengan semua pihak yang terbabit untuk menyempurnakan penstrukturan air dalam tempoh terdekat.

MOHAMED AZMIN ALI
YAB. DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Saturday, November 8, 2014

KES FITNAH LIWAT II - KEPUTUSAN DITANGGUHKAN DENGAN SERIBU PERSOALAN

Petang semalam (Jumaat - 07/11/14) ramai yang tidak sabar menyambut pembebasan Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan Fitnah Liwat II. Keyakinan amat tinggi di kalangan rakyat bahawa Anwar akan bebas petang semalam berdasarkan hujahan pihak Pendakwa yang dipenghujungnya amat longgar bahkan menjadi lucuan.

Sebelum itu, Anwar bersama ramai penyokongnya berada di Masjid Putrajaya untuk mendirikan Solat Jumaat dan di sana beliau diserbu oleh ratusan jemaah yang kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan yang solat di situ.  Dari masjid Putrajaya, selepas Solat Jumaat para penyokong tokoh reformasi ini bergerak terus ke Mahkamah Kehakiman Putrajaya untuk mendengar keputusan.



Ribuan telah sabar menanti keputusan walaupun rata-rata meramalkan Anwar pasti bebas sekiranya Hakim berupaya membebaskan diri dari tekanan politik.  Namun demikian, apabila Anwar keluar dari kompleks mahkamah dan terus menuju ke tempat berkumpulnya para penyokong beliau, Anwar telah berucap dengan penuh semangat dan mengumumkan bahawa keputusan Hakim adalah menangguhkan keputusan perbicaraan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Berbaur rasa gembira dan kesal.  Gembira kerana Anwar masih lagi berpeluang bersama rakyat di dalam masa-masa yang mungkin terhad, kesal pula adalah kerana merasa curiga mengapa keputusan ini ditanguhkan?  Apakah Hakim merasa tertekan?  Apakah Hakim merasakan ada hujahan baru dari pihak Pendakwa atau Pembela yang menyukarkan Hakim untuk buat keputusan?  Atau, adakah pengaruh lain yang menyebabkan tertundanya keputusan?



Bagi kita, ruang yang ada akan kita manafaatkan untuk kita menggembeling tenaga dan usaha agar solidariti untuk Anwar akan dilipatgandakan lagi.  Anwar juga di dalam ucapannya berikrar akan menjelajah ke seluruh negara bagi menyampaikan penerangan kepada rakyat betapa keadilan dan kezaliman harus ditamatkan.

Alhamdulillah, kehadiran orang ramai petang semalam amat membanggakan meskipun di waktu bekerja dan hujan lebat di sebelah petang.  Kita hendaklah sentiasa mendoakan agar Anwar akan terus istiqomah di dalam perjuangannya dan diselamatkan Allah dari segala bentuk kezaliman dan fitnah.

Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan petang tadi di perkarangan Mahkamah Kehakiman Putrajaya.


Friday, November 7, 2014

NASIB ANWAR DITENTUKAN PETANG INI ?

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib dibawah khemah berhampiran bangunan kompleks Mahkamah Persekutuan di Putrajaya sejurus selesai perbicaraan hari ke-7

Selesai mengimamkan solat Maghrib tersebut Anwar turut menyampaikan ucapan ringkas bagi menghargai penyokongnya yang setia berkumpul sejak awal pagi.


Beliau mengucapkan penghargaan kepada penyokong yang sanggup berpanas dan berhujan bagi menuntut keadilan di negara ini.

“Mana nak cari yang sanggup berhujan dan berpanas. Saya teruk juga tetapi duduk dalam bilik hawa dingin. Ini panas dan hujan terus bertahan,” katanya disambut sorakan penyokong.

Terdahulu, ketika Anwar berjalan menghampiri penyokongnya sebaik keluar dari kompleks mahkamah kira-kira jam 7 malam, para penyokong melaungkan “reformasi”.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik ahmad dan timbalannya Dr Afif Bahardin antara pemimpin yang mengiringi beliau ketika keluar dari kompleks mahkamah tersebut.

Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung semula pada jam 3 petang Jumaat ini./KD

Wednesday, November 5, 2014

ANWAR WAJIB BEBAS KHAMIS INI

Setelah perbicaraan hampir ke penghujung dan pihak Pembelaan akan mengemukakan hujah balas pada Hari Khamis (06/11/2014) ini nanti, ramai yang merasakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan, InsyaAllah.

Penghujahan dari pihak Pendakwa amat longgar dan sering menjadi bahan ketawa pemerhati perbicaraan ini.  Keyakinan bahawa Anwar akan bebas bukan sahaja datang dari rakyat Malaysia, bahkan turut dikongsi bersama di kalangan pemerhati luar.  Anwar sering mendakwa ini kes politik untuk menghancurkan kerjaya politik beliau sekaligus usaha untuk meruntuhkan kekuatan Pakatan Rakyat.

Namun demikian, Anwar telah memberi amaran bahawa memenjarakan dirinya bukan bererti rejim yang zalim boleh bersuka ria dan boleh melakukan apa sahaja terhadap rakyat di negara ini.  Anwar masih memiliki askar-laskar berjiwa reformis yang sanggup berdepan dengan rejim.  Memenjarakan Anwar bererti satu pertaruhan besar oleh sang Penguasa.  

Rakyat menilai bahawa kezaliman berada dipuncaknya apabila jasad Anwar terpenjara.  Perjuangan membela Anwar adalah simbol menentang kezaliman.  Jika Anwar seorang tokoh ternama, bekas TPM, tokoh berpengaruh di dalam dan di luar negara boleh dilakukan sedemikian rupa, apakah jaminan kita rakyat bawahan?  

Sehubungan itu, hari Khamis (06/11/14) ini bertempat di perkarangan Mahkamah Kehakiman Putrajaya, marilah kita berkumpul beramai-ramai untuk kita menyaksikan apakah mereka sanggup mengambil risiko untuk memenjarakan Anwar sekali lagi.  Sokongan kepada Anwar adalah sokongan kepada perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.  Jika Anwar terpenjara, jangan hairan selepas ini ramai lagi pimpinan lain yang bakal menurutinya.

Berjuanglah sebelum terlambat.  Jangan sia-siakan tokoh yang kita miliki ini.

Monday, November 3, 2014

PENUHI MAHKAMAH KEHAKIMAN PUTRAJAYA SELASA INI - ANWAR PASTI BEBAS

Pagi ini perbicaraan kes Fitnah Liwat II melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan. Peringkat rayuan yang dikemukakan oleh Saiful mulanya dijadualkan selama dua hari sahaja iaitu pada 28 Okt dan 29 Okt 2014 yang lalu.  

Namun, setelah kes berjalan menampakkan banyak keterangan baru yang ditimbulkan oleh pihak Pembela terutamanya oleh Ketua Pembelaan, Sri Ram maka perbicaraan semakin menarik.  Hakim menjangkakan keputusan kes akan diumumkan pada Hari Selasa, 04 November ini kerana pihak Pendakwa akan menyambung hujah mereka pagi ini (Isnin).    

Sehubungan itu, kami menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya para penyokong PR amnya dan ahli-ahli KEADILAN seluruh Negeri Pahang agar turun semaksima mungkin pada hari Selasa (esok). Kita menjangkakan Dato' Seri Anwar akan dibebaskan kerana ternyata segala hujah yang dibawa oleh pihak Pembelaan Dato' Seri Anwar Ibrahim amat kuat dan kukuh.  Setakat ini hujah pihak Pendakwa amat longgar dan hanya berkuat dengan keterangan lisan Saiful dan DNA yang meragukan itu.

Kita mahu meraikan kebebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Selasa ini.  Kita mahu tunjukkan kepada semua kakitangan kerajaan di Putrajaya bahawa Dato' Seri Anwar bukan keseorangan.  

Thursday, October 30, 2014

PERBICARAAN KES FITNAH LIWAT II - ANWAR TIDAK KESEORANGAN, GELOMBANG REFORMASI MASIH WUJUD

Perbicaraan Kes Fitnah Liwat II terhadap Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah berada di kemuncaknya.  Bermula 28 Oktober 2014, bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya kes ini akan diputuskan samada tokoh reformasi ini dibebaskan atau terus disabitkan.  

Difahamkan keputusan perbicaraan tersebut akan dibacakan pada Jumaat (31 Oktober 2014) ini walaupun pada awalnya kes ini dijadualkan akan diadili di dalam masa dua hari iaitu 28 - 29 Oktober 2014.   Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar tidak keseorangan.  Pada hari pertama, kehadiran para penyokong reformasi dari berbilang kaum dan agama memenuhi ruang di luar perkarangan mahkamah.  Hari kedua, kehadiran berganda kerana ramai yang menjangkakan semalam keputusan kes akan dibacakan.  

Berikut adalah beberapa keping foto yang sempat dirakamkan di samping dikongsi bersama rakan-rakan kita yang turut hadir dua hari yang lalu;

Sebahagian dari penyokong reformasi dari Indera Mahkota bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
Bersama Pak Jabit @ Man Kadir
Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Che Mat (tengah) bersama Pak Jabit
Serius nampaknya Pak Jabit berbual dengan Pengerusi PKR Pahang, YB Dato' Fauzi Abd RAhman
Ketua Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat turut berucap rengkas
Adun Sekinchan, YB Ng Swee Lim menggamatkan suasana
Naib Presiden PKR, MP Batu YB Tian Chua juga berucap
Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa turut berucap
Pak Jabit diberi peluang berucap dengan penuh semangat
Pengerusi MPN yang juga MP Indera Mahkota bersama Pak Jabit.  Turut kelihatan Kak Hendun Timb KC Kuala Krau

Monday, October 27, 2014

KEADILAN PAHANG AKAN BERSOLIDARITI MENUNTUT KEADILAN UNTUK ANWAR IBRAHIM ESOK DAN LUSA

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada KEADILAN Cabang Maran yang telah berjaya menjayakan Program "Rakyat Hakim Negara" bersama Ketua Pembangkang dan juga Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu (25 Okt 2014) kelmarin.

Menyedari bukan mudah untuk menarik kehadiran orang ramai apatah lagi Maran merupakan kubu kuat Umno tambahan pula pada malam itu terdapat skrin besar di pasang berhampiran tempat ceramah di perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Maran yang menayangkan perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir Kedua di antara JDT menentang Felda Utd.  Maka, petugas-petugas parti telah berusaha keras dengan berbagai cara mempromosikan program pada malam itu.

Sekitar Stesyen Bas Maran gelap gelita, tandas dikunci termasuk madrasah juga tidak seperti lazimnya.  Ini menunjukkan kehadiran Anwar amat menakutkan Umno kerana baru-baru ini beberapa orang ahli Umno telah dipecat kerana menganggotai KEADILAN.








Alhamdulillah, program malam tadi di luar jangkaan. Dianggarkan sekitar dua ribu orang yang hadir yang kebanyakannya lebih suka berada di dalam tempat duduk di stesyen bas yang kebetulan bertentangan dengan pentas ceramah. Meskipun gelap di situ, namun rasanya orang-orang Maran memang selesa berada di kawasan gelap. Maklumlah, masih ramai yang takut menunjukkan wajah mereka. Apa yang penting mereka hadir juga untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim sebelum beliau ditentukan samada bebas atau tidak dari pertuduhan liwat II pada 28 dan 29 Okt ini nanti.






Selain dari pimpinan negeri, Pengerusi MPN YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Sdr Ahmad Nizam Hamid, Ketua-Ketua Cabang, Adun Mentakab dari DAP YB Tengku Zulpuri dan Adun Semantan dari PAS, YB Syed Hamid juga turut hadir.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung juga turut berucap.  Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang turut serta pada malam tersebut. Kehadiran Ahli Parlimen Pandan yang juga Setiausaha Agung KEADILAN yang baru, YB Rafizi Ramli turut memanaskan pentas pada malam itu.
  
Anwar berucap lebih kurang satu jam selepas YB Rafizi berucap.  Ucapan Anwar yang penuh semangat sentiasa mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.  Beliau menyatakan keadilan itu mesti dituntut bukan hanya sekadar menanti dan keadilan itu bukan untuk diri beliau seorang tetapi mesti diperjuangkan untuk semua.  

Rakyat yang cintakan keadilan dan hentikan kezaliman haruslah bersama-sama bersolidariti di Mahkamah Putrajaya pada 28 Oktober dan 29 Oktober ini nanti.  Bagi anggota-anggota KEADILAN yang ingin turut serta ke KL pada hari berkenaan, sila serahkan nama kepada Ketua Cabang masing-masing untuk dikordinasikan.