Semasa penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, saya difahamkan Kerajaan Negeri Pahang telah membeli 5% saham FGVH, ataupun bersamaan dengan 182 juta unit saham. Mengikut Penyata Kewangan Negeri Pahang 2013, nilai buku saham FGVH yang dipegang oleh Negeri Pahang pada tahun 2013 adalah sejumlah RM829,954,466.25. Harga pasaran saham pada ketika itu adalah RM4.55 seunit.
Namun, nilai saham FGVH telah jatuh secara mendadak sejak beberapa bulan ini, dan mencatat nilai terendah semalam (15 Disember 2014), iaitu hanya bernilai RM2.37 sahaja. Ini bermaksud jika Kerajaan Pahang ingin menjual saham yang dipegang sekarang, rakyat Pahang terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM397,648,513.50. Ini belum lagi termasuk kerugian berbilion ringgit yang bakal ditanggung oleh 112,635 orang peneroka di Pahang dan seluruh negara.
Saya faham Felda merupakan asset penting dan sentimental bagi Negeri Pahang, dan tujuan pelaburan saham berkenaan mungkin untuk menjana pendapatan. Namun, keputusan tersebut kelihatan kurang tepat sehingga warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian hampir RM400 juta tersebut.
Saya juga ingin mengingatkan bahawa kerugian besar itu adalah sebesar lebih kurang separuh (49%) daripada anggaran hasil Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2014 iaitu RM811 juta. Kewangan Negeri Pahang akan mengalami krisis besar seandainya nilai saham tersebut terus menjunam, apatah lagi tahun depan bakal melihatkan kemelesetan dan krisis ekonomi sedunia.
Sekiranya Kerajaan UMNO/BN Pahang merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, mereka harus menjelaskan kepada rakyat mengapakah Kerajaan Negeri Pahang sanggup mendedahkan negeri kepada risiko kewangan yang begitu tinggi, dan apakah strategi mereka untuk menangani keruntuhan harga saham FGVH.
Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat

No comments:
Post a Comment