KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, November 27, 2014

Akta Hasutan hanya lindungi pemimpin Umno seperti Shahrizat

(Oleh Ermizi Muhamad)

KUALA LUMPUR 25 NOV: Akta Hasutan digunakan untuk melindungi pemimpin Umno yang terlibat dengan salahgunakuasa termasuk lah Datuk Seri Shahrizat Jalil, kata Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Shahrizat dalam Perhimpunan Agung Umno yang meminta kerajaan meneruskan Akta Hasutan dan dalam masa sama, mengekalkan Akta Hasutan.

 
 
Katanya, rakyat tidak lupa pelbagai penyelwengan dilakukan pemimpin Umno termasuk skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno itu.

“Shahrizat bercakap seolah-olah beliau itu pemimpin yang baik. Mungkin Shahrizat terlupa isu NFC suatu ketika dahulu, tapi dia perlu ingat, rakyat tidak pernah lupa penyelewengan itu.

“Persoalannya, kenapa Shahrizat dan pemimpin Umno yang lain bersungguh-sungguh mahu akta itu dikekalkan sedangkan akta itu hanya digunakan untuk lindungi pemimpin Umno sahaja dan mereka yang menentang dasar kerajaan akan didakwa.

“Sehingga kini, tiada tindakan dikenakan khususnya kepada mereka yang bersifat pro-kerajaan,” katanya yang turut mempersoal kenyataan Ibrahim Ali dan pemimpin Umno lain yang bebas mengeluarkan kenyataan menghasut.

Jelas Haniza lagi, kerajaan Barisan Nasional di bawah pentabiran Perdana Menteri, Najib Razak perlu mengotakan janji yang dibuat beliau untuk memansuhkan akta peninggalan British itu.

“Saya sebenarnya tak ada masa nak ikuti ucapan-ucapan Wanita, Puteri atau Pemuda Umno yang tidak habis-habis mengulangi kenyataan untuk minta Perdana Menteri kekalkan akta itu.

“Apa yang penting, Perdana Menteri perlu tunaikan janji beliau untuk mansuhkan Akta Hasutan. Najib perlu sedar, pemimpin yang baik bukan pemimpin yang ingkar janji,” tegasnya./KD

No comments:

Post a Comment