KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, November 8, 2014

KES FITNAH LIWAT II - KEPUTUSAN DITANGGUHKAN DENGAN SERIBU PERSOALAN

Petang semalam (Jumaat - 07/11/14) ramai yang tidak sabar menyambut pembebasan Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan Fitnah Liwat II. Keyakinan amat tinggi di kalangan rakyat bahawa Anwar akan bebas petang semalam berdasarkan hujahan pihak Pendakwa yang dipenghujungnya amat longgar bahkan menjadi lucuan.

Sebelum itu, Anwar bersama ramai penyokongnya berada di Masjid Putrajaya untuk mendirikan Solat Jumaat dan di sana beliau diserbu oleh ratusan jemaah yang kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan yang solat di situ.  Dari masjid Putrajaya, selepas Solat Jumaat para penyokong tokoh reformasi ini bergerak terus ke Mahkamah Kehakiman Putrajaya untuk mendengar keputusan.



Ribuan telah sabar menanti keputusan walaupun rata-rata meramalkan Anwar pasti bebas sekiranya Hakim berupaya membebaskan diri dari tekanan politik.  Namun demikian, apabila Anwar keluar dari kompleks mahkamah dan terus menuju ke tempat berkumpulnya para penyokong beliau, Anwar telah berucap dengan penuh semangat dan mengumumkan bahawa keputusan Hakim adalah menangguhkan keputusan perbicaraan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Berbaur rasa gembira dan kesal.  Gembira kerana Anwar masih lagi berpeluang bersama rakyat di dalam masa-masa yang mungkin terhad, kesal pula adalah kerana merasa curiga mengapa keputusan ini ditanguhkan?  Apakah Hakim merasa tertekan?  Apakah Hakim merasakan ada hujahan baru dari pihak Pendakwa atau Pembela yang menyukarkan Hakim untuk buat keputusan?  Atau, adakah pengaruh lain yang menyebabkan tertundanya keputusan?



Bagi kita, ruang yang ada akan kita manafaatkan untuk kita menggembeling tenaga dan usaha agar solidariti untuk Anwar akan dilipatgandakan lagi.  Anwar juga di dalam ucapannya berikrar akan menjelajah ke seluruh negara bagi menyampaikan penerangan kepada rakyat betapa keadilan dan kezaliman harus ditamatkan.

Alhamdulillah, kehadiran orang ramai petang semalam amat membanggakan meskipun di waktu bekerja dan hujan lebat di sebelah petang.  Kita hendaklah sentiasa mendoakan agar Anwar akan terus istiqomah di dalam perjuangannya dan diselamatkan Allah dari segala bentuk kezaliman dan fitnah.

Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan petang tadi di perkarangan Mahkamah Kehakiman Putrajaya.


No comments:

Post a Comment