Setelah perbicaraan hampir ke penghujung dan pihak Pembelaan akan mengemukakan hujah balas pada Hari Khamis (06/11/2014) ini nanti, ramai yang merasakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan, InsyaAllah.
Penghujahan dari pihak Pendakwa amat longgar dan sering menjadi bahan ketawa pemerhati perbicaraan ini. Keyakinan bahawa Anwar akan bebas bukan sahaja datang dari rakyat Malaysia, bahkan turut dikongsi bersama di kalangan pemerhati luar. Anwar sering mendakwa ini kes politik untuk menghancurkan kerjaya politik beliau sekaligus usaha untuk meruntuhkan kekuatan Pakatan Rakyat.
Namun demikian, Anwar telah memberi amaran bahawa memenjarakan dirinya bukan bererti rejim yang zalim boleh bersuka ria dan boleh melakukan apa sahaja terhadap rakyat di negara ini. Anwar masih memiliki askar-laskar berjiwa reformis yang sanggup berdepan dengan rejim. Memenjarakan Anwar bererti satu pertaruhan besar oleh sang Penguasa.
Rakyat menilai bahawa kezaliman berada dipuncaknya apabila jasad Anwar terpenjara. Perjuangan membela Anwar adalah simbol menentang kezaliman. Jika Anwar seorang tokoh ternama, bekas TPM, tokoh berpengaruh di dalam dan di luar negara boleh dilakukan sedemikian rupa, apakah jaminan kita rakyat bawahan?
Sehubungan itu, hari Khamis (06/11/14) ini bertempat di perkarangan Mahkamah Kehakiman Putrajaya, marilah kita berkumpul beramai-ramai untuk kita menyaksikan apakah mereka sanggup mengambil risiko untuk memenjarakan Anwar sekali lagi. Sokongan kepada Anwar adalah sokongan kepada perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Jika Anwar terpenjara, jangan hairan selepas ini ramai lagi pimpinan lain yang bakal menurutinya.
Berjuanglah sebelum terlambat. Jangan sia-siakan tokoh yang kita miliki ini.
No comments:
Post a Comment