KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, December 15, 2014

ANWAR UCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PROGRAM DI KUANTAN SEMALAM

KEADILAN Negeri Pahang ingin menyampaikan ucapan Tahniah dan Syabas kepada semua petugas parti yang telah bekerja keras menjayakan Program Amanat Pimpinan bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah diadakan pada Sabtu (13/12/2014) bertempat di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan.  KEADILAN Pahang juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat yang telah hadir di dalam program malam semalam.



Ketua Umum juga mengucapkan tahniah di atas sambutan yang diberikan walaupun beliau sendiri merasakan agak sukar menjayakan program di dalam notis yang diberikan terlalu singkat iaitu beberapa hari sahaja, apatah lagi dengan program yang padat di sebelah petang itu juga dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pimpinan-pimpinan KEADILAN kawasan Pantai Timur.

Alhamdulillah, di luar jangkaan kehadiran berbanding dengan masa yang diberikan untuk mempromosikan seluas mungkin program yang diatur, tambahan pula cuaca yang amat baik pada malam tersebut.  Ramai yang menjangkakan program malam tadi mungkin sedikit terjejas kerana promosi yang banyak tertumpu di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota sahaja tambahan pula di musim cuti persekolahan ini.  Namun, apa yang dapat dilihat malam semalam ianya tidak seperti yang diramalkan meskipun tidak sehebat program-progran sebelum ini yang telah dirancang dan diatur lebih awal.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman
Orang ramai ikuti pidato Anwar di hadapan pentas
Ramai juga yang memenuhi tepi dan belakang pentas

Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu bersemangat menyampaikan pidatonya dengan menyentuh beberapa isu, di antaranya isu kepentingan agama, kalimah Allah, Kitab Bible Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja,  isu rasuah dan penyelewengan.  Beliau juga memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tetap istiqomah menentang ketidakadilan dan kezaliman rejim Umno/Bn.  Beliau turut tegas menyatakan apa pun terjadi ke atas dirinya, beliau tetap terus bersama rakyat melawan rejim.

Sebelum itu, di sebelah petangnya Ketua Umum telah mengadakan pertemuan tertutup dengan semua kepimpinan Pantai Timur, Pahang, Terenganu dan Kelantan bertempat di Pusat Khidmat Adun Semambu.

Selain dari Dato' Seri Anwar, turut berucap adalah Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.  YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua, Sdr Syed Ibrahim (Ketua Penerangan KEADILAN Pusat) dan Sdr Ahmad Nizam Hamid juga turut berucap.  Turut hadir adalah Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang.

No comments:

Post a Comment