Jelajah "Rakyat Hakim Negara' kali kedua kini kembali lagi di bumi Pahang. Sebelum ini program tersebut telah diadakan di Maran, Pahang dan kali ini lokasinya adalah di Kuantan.
Pada hari Sabtu ini (13/12/2014) bermula jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat (Pejabat PKR Negeri yang lama), Jalan Beserah (berhadapan Poliklinik Beserah), Kuantan kita berpeluang untuk mendengar amanat dari Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan dari Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, semua rakyat Pahang dijemput untuk menghadiri program tersebut bagi mendengar maklumat-maklumat terkini berkaitan isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang tersebut. Di samping itu juga, kita juga akan mendengar pidato hebat dari YB Sdr Rafizi Ramli dan juga dari YB Nurul Izzah di samping pimpinan utama negeri.
Pada sebelah petang sebelum itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan parti KEADILAN di Pantai Timur.
Mohon hebahkan.
No comments:
Post a Comment