Perbicaraan Kes Fitnah Liwat II terhadap Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah berada di kemuncaknya. Bermula 28 Oktober 2014, bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya kes ini akan diputuskan samada tokoh reformasi ini dibebaskan atau terus disabitkan.
Difahamkan keputusan perbicaraan tersebut akan dibacakan pada Jumaat (31 Oktober 2014) ini walaupun pada awalnya kes ini dijadualkan akan diadili di dalam masa dua hari iaitu 28 - 29 Oktober 2014. Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar tidak keseorangan. Pada hari pertama, kehadiran para penyokong reformasi dari berbilang kaum dan agama memenuhi ruang di luar perkarangan mahkamah. Hari kedua, kehadiran berganda kerana ramai yang menjangkakan semalam keputusan kes akan dibacakan.
Berikut adalah beberapa keping foto yang sempat dirakamkan di samping dikongsi bersama rakan-rakan kita yang turut hadir dua hari yang lalu;
|
Sebahagian dari penyokong reformasi dari Indera Mahkota bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung |
|
Bersama Pak Jabit @ Man Kadir |
|
Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Che Mat (tengah) bersama Pak Jabit |
|
Serius nampaknya Pak Jabit berbual dengan Pengerusi PKR Pahang, YB Dato' Fauzi Abd RAhman |
|
Ketua Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat turut berucap rengkas |
|
Adun Sekinchan, YB Ng Swee Lim menggamatkan suasana |
|
Naib Presiden PKR, MP Batu YB Tian Chua juga berucap |
|
Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa turut berucap |
|
Pak Jabit diberi peluang berucap dengan penuh semangat |
|
Pengerusi MPN yang juga MP Indera Mahkota bersama Pak Jabit. Turut kelihatan Kak Hendun Timb KC Kuala Krau |
No comments:
Post a Comment