Kapt (B) Ayatuddin |
Malam tadi (15 Apr), bertempat di Markas PAS Shahbandar, Langgar, Pekan telah diadakan satu program ceramah kelompok anjuran PAS Kawasan Pekan. Program malam tadi menampilkan tokoh utama iaitu Pengerusi MPN PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman.
Meskipun Parlimen Pekan adalah kawasan kubu kuat PM, Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, namun Pekan sekarang ini adalah satu kawasan yang sering menjadi tumpuan program ceramah dari Pakatan Rakyat setiap minggu. Turut berceramah malam tadi adalah Setiausaha Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pahang, Us Youslyiddy Desa, Naib Ketua PAS Kawasan Pekan, Kapt (B) Ayatuddin dan juga Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pekan, Puan Sitarunnisah.
Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN PKR Pahang) bersama pimpinan PAS |
Di dalam satu ceramah kelompok, kehadiran dianggarkan tidak kurang dari 100 yang hadir di kalangan penduduk setempat merupakan satu kebanggaan, apatah lagi kampung berkenaan berada di kawasan Parlimen Pekan. Ucapan dari Us Youslyiddy Desa, Setiausaha Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pahang menarik perhatian. Beliau telah menyampaikan ucapan beserta dengan slide sebagai bahan penerangan beliau.
Beliau menumpukan kepada isu `Siapakah Pengkhianat Kepada Raja-Raja Melayu". Penerangan beliau malam tadi menyanggah samasekali tuduhan dan fitnah Umno terhadap Pakatan Rakyat yang kononnya tidak menghormati Institusi Istana. Fakta dibentangkan melalui slide, menunjukkan pemimpin Umno sejak dari dahulu lagi mempunyai rekod menghina Institusi Raja. Ucapan-ucapan Tun Mahathir dan beberapa pimpinan Umno termasuk di dalam Parlimen sendiri adalah bukti Umno terlibat dari awal menghina Raja-Raja Melayu.
Beliau turut membuktikan betapa pemimpin Umno juga mengkhianati orang-orang Melayu melalui penggadaian tanah-tanah rezab orang Melayu kepada bangsa lain dan pencabulan hak orang-orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuk di dalam isu pemberian biasiswa.
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pekan - Puan Sitarunnisah |
Us Youslyiddy Desa - S/Usaha Penerangan & Dakwah PAS Pahang |
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pekan, Puan Sitarunnisah pula banyak mendedahkan bagaimana Daftar Pemilih yang dikeluarkan oleh SPR terlalu banyak keraguan. Sebagai contoh, di Parlimen Pekan sahaja sekarang ini terdapat lebih dari 18,000 pengundi baru yang didafarkan. Beribu-ribu pengundi di Pekan juga dikenalpasti sebagai Pendatang Asing dari Kemboja dan tidak lojik terlalu ramai pengundi yang dilahirkan dari beberapa negeri seperti Kedah dan Perak menetap di Pekan.
Namun demikian katanya, semua petugas-petugas parti mesti berada di tahap siapsiaga dengan sebarang penipuan menjelang hari mengundi nanti. Beliau turut memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat kini telah bersedia untuk melakukan apa sahaja di hari pengundian nanti sekiranya didapati terdapat orang-orang asing yang tidak berhak mengundi hadir untuk mengundi.
Pengerusi MPN - Dato' Fauzi Abd Rahman |
Pengerusi MPN PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman tampil dengan membawa sejarah lampau Umno. Beliau yang juga bekas pemimpin Umno dan bekas Timbalan Menteri di dalam kabinet Tun Mahathir menjelaskan bagaimana pemimpin Umno sebelum era Tun Mahathir banyak berkorban diri demi memperjuangkan dasar Umno. Pemimpin-pemimpin dahulu kala bergolok bergadai untuk membela nasib orang-orang Melayu dan rakyat di negara ini.
Malangnya, di zaman Tun Mahathir Umno mulai rosak. Umno diharamkan dizaman Tun Mahathir demi meneruskan kekuasaannya. Kerakusan Tun Mahathir terserlah apabila beliau menubuhkan Umno (Baru) dan beliau terus memimpin parti yang baru beliau tubuhkan itu. Dari saat itu, Umno ciptaan Tun Mahathir berubah menjadi parti yang mementingkan diri para pemimpin dan kroni mereka. Oleh kerana beliau bukan dari berbangsa `Melayu Tulen', maka beliau tidak mengendahkan tatasusila dan adat resam Melayu termasuk kedaulatan Raja-Raja Melayu. Di zaman beliau, kuasa Raja-Raja Melayu dihakis melalui pindaan perlembagaan.
Orang-orang Melayu dan umat-umat Islam di negara ini mula berpecah belah di zaman Tun Mahathir sehinggalah sekarang akibat sikap pemimpin Umno yang rakus dan zalim. Perangai Najib berterusan diwarisi oleh pemimpin Umno kemudiannya. Isu NFC, komisyen kapal selam, penyelewengan, rasuah yang semakin meningkat, budaya fitnah dan mengaibkan orang lain serta berbagai salah laku pemimpin Umno membuktikan benarlah kata Tun Mahathir bahawa Umno kini sudah `busuk hingga ke usus'. Cuma, Tun Mahathir lupa busuknya Umno bermula di zaman beliau lagi.
Dato' Fauzi menyatakan keyakinan pimpinan Pakatan Rakyat yang disahkan oleh beberapa sumber di dalam Jabatan Kerajaan sendiri termasuk dari beberapa pegawai keselamatan, harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 nanti amat cerah. Di Pahang, harapan untuk menawan negeri ini hanya memerlukan 6 % sahaja lagi undi dan sokongan dari Peneroka Felda.
Di antara orang ramai yang hadir |
Ada yang hadir duduk mendengar dari jauh |
Kawasan rumah orang kuat Umno berdepan dengan Markas PAS |
Berhadapan dengan Markas PAS, terdapat sebuah rumah kemungkinan orang kuat Umno yang dipenuhi bendera Umno di pagar rumahnya. Jalan di hadapan rumah tersebut sengaja diletakkan `Kon' untuk tidak membenarkan orang ramai yang hadir malam tadi meletakkan kenderaan di situ.
Program malam tadi berjalan dengan lancar. Pihak penganjur berjanji akan lebih kerap lagi untuk mengadakan program ceramah di setiap PU kawasan Parlimen Pekan.
No comments:
Post a Comment