KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, April 10, 2012

KEADILAN BENTONG - JANGAN BENARKAN PISANG BERBUAH DUA KALI

Apabila menjejakkan kaki ke Bentong malam kelmarin, terasa sedikit gusar dihati kerana memikirkan adakah Program Ceramah yang bakal dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Markas PAS Chegar Medang, Jalan Benus, Bentong tidak akan mencapai sasaran kehadiran yang dikehendaki.  Kegusaran ini turut dikongsi oleh Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor walaupun segala usaha dan tenaga para sukarelawan dan petugas parti telah dicurahkan bagi menjayakan program tersebut.

Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor 

Cabang Bentong tidak merasa sedikitpun tertekan dengan notis singkat yang diberikan kerana bagi Sdr Mohd Noor, KEADILAN Bentong sentiasa bersiapa siaga menghadapi tarikh PRU seperti yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan.  Cuma, kegusarannya adalah kerana keadaan cuaca pada awal program tidak begitu selesa dengan keadaan hujan lebat di sebelah petangnya dan berlanjutan renyai-renyai.  Saya yang hadir dari Kuantan juga turut merasa bimbang dengan keadaan itu.  Adakah kehadiran malam itu akan mendukacitakan?  

Terlalu banyak kisah di Bentong yang boleh dikaitkan sekiranya program malam kelmarin gagal.  Itu semua amat disedari oleh Ketua Cabang Bentong, namun beliau yakin dengan kebolehan sukarelawan dan para petugas yang sayang kepada parti.  Memang ada beberapa tanda provokasi dari pihak Umno beberapa hari sebelum program ini.  Beberapa banner dan bendera telah dikoyak dan dicabut, namun para petugas bertindak pantas memasangnya semula.  Golongan muda di sini mulai merasa tercabar dengan provokasi dari pihak Umno.  Namun mereka bersikap profesional selagi program malam itu tidak diganggu secara melampau.  Golongan wanita pula, mereka boleh dikatakan setiap malam berjaga melaksanakan beberapa tugas yang diamanahkan untuk mereka di rumah.


Kejayaan Program Ceramah Dato' Seri Anwar - KEADILAN Bentong berjaya sahut cabaran

Bagi Sdr Mohd Noor, beliau tidak bimbang sangat dengan provokasi dari pihak Umno.  Beliau lebih khuatir jika ada tindakan sabotaj dari dalam parti untuk menggagalkan program berkenaan.  Alhamdulillah, malam itu keadaan cuaca semakin baik dan hujan mulai berhenti pada masa yang tepat.  Tiada provokasi dari pihak luar namun para petugas keselamatan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. 

Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh sekumpulan golongan muda yang penuh bersemangat.  Melihat kepada kehadiran yang dianggarkan tidak kurang 3,000 malam itu yang terdiri dari berbilang kaum, jelas terbukti dakwaan yang menyebut beberapa kontroversi di Bentong akan melemahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN Bentong samasekali tidak benar.

Semua tahu, suatu ketika KEADILAN Bentong ibarat tidak wujud dan penyokong-penyokongnya ibarat `ayam kehilangan ibu'.  Namun, berkat usaha kepimpinan KEADILAN Negeri dan komitmen beberapa ahli di Bentong itu sendiri maka KEADILAN Bentong mulai dipulihkan dengan semangat baru sempena dengan Pembukaan Pejabat KEADILAN Cabang Bentong tahun lalu.  Di bawah Sdr Mohd Noor dengan kerjasama beberapa ahli yang lain, KEADILAN Bentong berjaya dipulihkan.  Boleh dikatakan imej baru KEADILAN Bentong bermula di bawah Sdr Mohd Noor dan barisan kepimpinannya.

Mengapa dikatakan berlaku kontroversi sesudah parti ini mula dihidupkan kembali?  Sukar untuk memberikan sebabnya kerana sudah menjadi kelaziman, tidak ramai yang suka meneroka hutan yang semak samun tetapi lebih suka datang disaat hutan telah bersih untuk mereka menumpang bercucuk tanam.  Lebih malang lagi, usaha mereka yang bertungkus lumus meneroka hutan yang suatu ketika dahulu hutan belantara tidak dihormati langsung.  

Bagi Sdr Mohd Noor, beliau tidak merasa sesal dengan apa yang terjadi.  Bagi beliau, KEADILAN Cabang Bentong lebih penting untuk dipertahankan dari beberapa individu yang menawarkan habuan untuk kepentingan diri sendiri.  Mengapa di saat menjelang Pilihanraya maka wujudnya masalah ini?  Mengapa tidak berlaku diwaktu parti ini hampir berkubur di Bentong?  Jawapannya adalah kerana adanya sikap yang mementingkan diri sendiri sehingga lupa kepada adab dan susila.

Program malam kelmarin amat melegakan kita.  Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan sendiri bagaimana KEADILAN Bentong boleh menyaingi beberapa program di tempat lain walaupun notis yang diberikan agak singkat.  Namun, menyedari bahawa ianya merupakan satu ujian kepada KEADILAN Bentong di dalam menghadapi PRU ke 13 akan datang, maka komitmen melebihi seratus peratus telah diberikan oleh ahli-ahli KEADILAN Bentong di bawah Ketua Cabang, Sdr Mohd Noor.

Apakah penilaian yang boleh kita berikan kepada program malam kelmarin?  Memang benar, sambutan orang ramai di dalam sesuatu program belum tentu boleh menjamin kemenangan, tetapi jika program itu gagal, usahlah bermimpi untuk mencapai kemenangan.  Adalah menjadi harapan kita semua agar KEADILAN Bentong benar-benar mantap seperti yang digambarkan malam kelmarin.  Hentikan usaha bermain `tarik tali', hentikan usaha untuk mengkucar-kacirkan KEADILAN Bentong kerana bukan mudah untuk memulihkannya kembali setelah kesemuanya ini nanti musnah dan rosak.  Jangan benarkan `pisang berbuah dua kali".

Tahniah dan Syabas buat KEADILAN Cabang Bentong.  Bersatulah demi rakyat!!

No comments:

Post a Comment