Tahniah kepada KEADILAN Cabang Bentong yang diketuai oleh Sdr Mohd Noor yang telah berjaya melaksanakan program Ceramah Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi (08 Apr 2012). Meskipun notis untuk program tersebut diberikan hanya dalam tempoh tiga, empat hari sahaja, namun KEADILAN Cabang Bentong berjaya menempuhi ujian ini dengan cemerlang sekali.
Adun Semantan (PAS) - YB Syed Hamid |
YB Anthony Loke - Ketua Pemuda DAP Pusat |
Program yang dihadiri tidak kurang dari 3,000 orang yang memenuhi ruang Markas PAS, Chegar Medang, Jln Benus, Bentong malam tadi yang dihadiri oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut juga dihadiri oleh Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman, Selain dari Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor yang berucap, turut dijemput berucap adalah Wakil dari PAS Pahang iaitu Us Hamid bin Baihati, YDP Pas Bentong dan YB Syed Hamid, Adun Semantan serta YB Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP Pusat.
Pengerusi MPN - Dato' Fauzi sedang berucap. Kelihatan di belakang Dato' Seri Anwar, YB Syed Hamid dan YB Anthony |
Dato' Seri Anwar Ibrahim turun ke bawah untuk berucap |
Hujan renyai-renyai yang turun pada awal program malam tadi sedikit pun tidak menjejaskan program yang diatur. Paling menarik, program malam tadi juga dapat menggamit kehadiran dari berbagai kaum. Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih kurang jam 10.30 malam telah diiringi ke pentas oleh anak-anak muda dari AMK Bentong yang dibantu juga oleh anak-anak muda dari SAMM Pahang. Laungan `Reformasi' bergema sehingga Dato' Seri Anwar menaiki pentas dan disambut oleh kepimpinan di atas pentas. Program malam tadi di Pengerusikan oleh Cik Shariati Shahidan, Ketua Penerangan Cabang Bentong.
Sebahagian yang hadir termasuk di luar kawasan Markas PAS
Ketua Umum di dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada KEADILAN Cabang Bentong yang berjaya melaksanakan program malam itu walaupun notis diberi amat singkat. Beliau berpuashati dengan kehadiran yang ramai dan ini menunjukkan rakyat mahu mendapatkan maklumat secara langsung dari pimpinan Pakatan Rakyat. Propaganda jahat media milik Umno tidak lagi dapat mempengaruhi rakyat yang semakin bijak menilai sesuatu isu, katanya.
Berbagai isu telah disentuh oleh Dato' Seri Anwar malam tadi, di antaranya adalah isu hubungan Malaysia dengan Israel, rasuah pimpinan Umno, kenaikan harga minyak dan barang, PTPTN dan beberapa isu lain.
Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor (duduk kiri) bersama kepimpinan |
Dari pemerhatian malam tadi, harapan Pakatan Rakyat untuk menawan kerusi Parlimen Bentong dan beberapa kerusi Dun di Parlimen tersebut amat cerah. KEADILAN Pahang sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KEADILAN Cabang Bentong dan seluruh jenteranya di samping kerjasama dari rakan-rakan Pakatan Rakyat yang telah berusaha menjayakan program malam tadi.
Syabas Ketua Cabang Bentong
ReplyDelete