KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, April 7, 2012

CERAMAH ANWAR DI BENTONG PADA 08 APRIL (AHAD) INI, SATU CABARAN BUAT KEADILAN BENTONG


Negeri Pahang adalah di antara tiga negeri yang disebut oleh Tun Daim Zainuddin selain dari Johor dan Melaka yang mungkin hanya dapat dikekalkan oleh Bn di dalam PRU ke 13 nanti.  Adakah jangkaan Tun Daim, bekas Menteri Kewangan itu benar atau jauh tersasar?  Wallahu Aklam.

Tuan Ibrahim Tuan Man -Pesuruhjaya PAS Pahang dijangka hadir
Pengerusi MPN - Dato' Fauzi Abd Rahman
Adun Triang - YB Leong Ngah Ngah

Namun, apa yang pasti pada tahun ini sahaja negeri ini begitu kerap dikunjungi oleh pimpinan besar samada dari KEADILAN mahu pun PAS.  Di dalam KEADILAN, Ketua Umum Dato' Seri Anwar telah beberapa kali berkunjung ke negeri ini, begitu juga dengan Presiden PAS.  Malahan semua pimpinan KEADILAN termasuk semua Wakil Rakyat dari KEADILAN di seluruh negeri telah berkampong di Kuantan selama tiga hari pada Feb yang lalu dan di akhir `retreat' tersebut kita telah melancarkan ceramah serentak ke seluruh Negeri Pahang. 

Sdr Mohd Noor - Ketua Cabang Bentong

Selepas dari itu, beberapa pimpinan utama telah turun berceramah di negeri ini seperti Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah yang telah dua kali hadir di Felda Lepar Hilir, kemudiannya ke Felda Cini 3.  Dato' Seri Anwar juga berkunjung ke Paya Besar dan Pekan.  Terbaru, semalam dan hari ini Timbalan Presiden YB Azmin Ali pula hadir di Kuantan, Pekan dan Rompin.  Dan, banyak lagi program di merata tempat dengan kehadiran pimpinan utama parti.

Ertinya apa?  Ertinya kita begitu komited dan yakin untuk menawan negeri ini dan akan membuktikan bahawa ramalan Tun Daim kali ini tersasar, InsyaAllah.

Pada 08 April ini (Ahad) jam 09.00 malam, sekali lagi Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bertandang ke Pahang.  Kali ini, beliau memilih Bentong sebagai sasaran kempen beliau.  Bertempat di Markas PAS Chegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Dato' Seri Anwar akan menguji tahap kesiapsiagaan parti di Bentong.  Di bawah Ketua cabang Bentong, Sdr Mohd Noor diharapkan akan dapat membuktikan bahawa Bentong juga berupaya menyumbangkan beberapa kerusi untuk Pakatan rakyat.  Selain dari Dato' Seri Anwar Ibrahim, beberapa pimpinan utama dari PAS dan DAP juga turut memberikan ceramah termasuk Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman.

MPN Pahang penuh yakin dengan keupayaan KEADILAN di Bentong dengan kerjasama erat dari rakan kita PAS dan DAP.  Jadikan lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Bentong kali ini sebagai satu cabaran buat KEADILAN Bentong. 

No comments:

Post a Comment