KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, April 6, 2012

ATURCARA LAWATAN YB AZMIN KE PAHANG MULAI HARI INI DAN ESOK


KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Datang ke Pahang kepada Timbalan Presiden, YB Azmin Ali yang akan memulakan lawatannya ke negeri ini mulai hari ini 06 April 2012 sehingga 07 April 2012.

06 APRIL 2012

HI-TEA DAN MAKAN MALAM

Program pertama beliau sebaik sahaja sampai ke Kuantan, pada 06 April jam 05.00 petang beliau akan bersama rakyat di Majlis Hi-Tea bertempat di Markas PAS, Indera Mahkota 2, Kuantan.  Pada jam 08.00 malam, Timbalan Presiden akan bersama seluruh Ahli MPN KEADILAN Negeri Pahang beserta semua AJK/AMK/Wanita untuk bersama di Majlis Jamuan Makan Malam bertempat di New Horizon Hotel, Kuantan.

CERAMAH UMUM

Pada sebelah malamnya (06 April) bertempat di Markas PAS, Kg Marhum, Kuala Pahang, Pekan, YB Azmin Ali akan berceramah mengenai persiapan menghadapi PRU ke 13 dan isu-isu semasa. Turut bersama beliau adalah beberapa pimpinan PR yang lain.

07 APRIL 2012


SARAPAN PAGI/MELAWAT KAWASAN NELAYAN

Pada 07 April, seawal jam 07.00 pagi, beliau akan dibawa melawat ke penempatan nelayan di Beserah, Kuantan.  Sejurus kemudian, jam 08.00 pagi Timbalan Presiden akan dibawa untuk menikmati sarapan pagi bersama rakyat di Kampung Jawa (Warung Pok Teh).  Lawatan seterusnya pada jam 09.00 pagi, beliau akan berkunjung ke Tg Lumpur untuk menemui masyarakat di sekitar kawasan berkenaan.  

Program beliau seterusnya lebih kurang jam 10.00 pagi adalah bertemu rakyat di kawasan Parlimen Paya Besar iaitu di Restoren Zaman, Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan.  YB Azmin seterusnya akan bersama AMK/Wanita Pahang untuk jamuan makan tengahari.

LAWATAN KE MUAZAM SHAH, ROMPIN 

YB Azmin Ali akan mengakhiri lawatan ke Pahang dengan menemui penduduk di kawasan Keratung, Rompin lebih kurang jam 05.00 petang.  Jadual lawatan beliau ke sana akan diseliakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Rompin.

No comments:

Post a Comment