Program Hi-Tea bersama Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali petang semalam (06 Apr 2012) jam 5.00 petang berjalan lancar. Program yang diadakan sempena kunjungan beliau ke kawasan Kuantan telah mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat di Indera Mahkota 2, Kuantan.
Turut bersama di dalam program santai petang itu adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung serta seluruh pimpinan PKR Negeri, AMK dan Wanita Pahang serta pimpinan PAS dan DAP kawasan Kuantan.
Sdr Razali Alias - Ketua Penerangan PKR Negeri/Ketua Ranting Indera Mahkota 2 |
Lee Chean Chung - Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota |
Pimpinan PAS kawasan turut berucap |
Sdri Murni - Peguam/Anak Tempatan Indera Mahkota |
YB Azmin di dalam ucapannya yang hampir satu jam petang semalam mengingatkan masyarakat di Kuantan tentang tipu daya dan fitnah yang dimainkan oleh media kawalan Umno menjelang Pilihanraya Umum yang bakal menjelang tidak beberapa lama lagi. Jika dahulu, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi mangsa fitnah jahat Umno, kini beliau pula menjadi sasaran puak mereka, katanya. YB Azmin turut menjawab beberapa isu dan fitnah Umno terhadap dirinya termasuk isu pemilikan saham jutaan ringgit yang kononnya beliau miliki.
Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN PKR Pahang |
YB Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR |
Tidak cukup dengan itu, isu peribadi yang melibatkan nama baik keluarganya turut menjadi bahan fitnah di dalam media-media kepunyaan Umno. YB Azmin secara terus terang memberikan penjelasan secara berfakta bagi menjawab tuduhan kononnya beliau memiliki anak yang bukan dari darah dagingnya kerana rekod pemeriksaan dan ujian DNA membuktikan segala tuduhan Umno itu fitnah belaka. Sebaliknya, YB Azmin mencabar Najib untuk berani melakukan ujian DNA seperti beliau bagi membuktikan PM itu tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya.
Pada majlis itu juga YB Azmin Ali telah melancarkan Gabungan Tukar MB Pahang.
Gabungan Tukar MB Pahang mula dilancarkan di Pahang |
Selesai program Hi-Tea, pada jam 08.00 malam pula YB Azmin menghadiri Majlis Makan Malam dan perjumpaan tertutup bersama seluruh pimpinan PKR Negeri Pahang beserta semua AJK/
AMK/Wanita bertempat di New Horizon Hotel, Kuantan.
Sejurus perjumpaan dan jamuan makan malam bersama kepimpinan PKR Pahang, YB Azmin Ali berceramah di Markas PAS Kg Kuala Pahang, di Parlimen Pekan yang kini diwakili oleh PM, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Di luar jangkaan, seramai lebih kurang 2,000 rakyat Pekan hadir menanti kunjungan Timbalan Presiden. Bekas Adun Chini dari PKR, Sdr Jafri Rashid turut berucap di samping pimpinan PAS kawasan.
YB Azmin Ali di dalam ucapannya banyak menyentuh tentang perbandingan pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn. Pengurusan negeri yang cekap di bawah Kerajaan Negeri Selangor terutamanya amat jauh berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang yang terkenal dengan sikap mengumpul banyak hutang setiap tahun. Beliau juga mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang PTPTN yang kini ditanggung oleh para pelajar sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Selain dari pemberian tanah kepada semua bekas tentera/Polis serta rakyat yang layak, Pakatan Rakyat juga berjanji akan menurunkan harga minyak sekaligus bakal menurunkan harga barang yang sekarang ini amat membebankan rakyat. Beliau turut kesal kerana Najib gagal membela nasib para nelayan hatta di kawasannya sendiri di mana sekarang ini nelayan asing seolah-olah memonopoli kawasan nelayan tempatan.
Turut disentuh oleh YB Azmin adalah berkaitan isu pembersihan daftar pengundi Pilihanraya. PSC yang ditubuhkan gagal diimplimentasikan oleh kerajaan, justeru itu beliau mahu rakyat turun berhimpun pada Himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini nanti. Sifat `penakut' Najib untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat jelas menunjukkan Najib mahu menyembunyikan sesuatu dari diketahui rakyat. "Sekiranya Najib gentar untuk berdepan dengan Dato' Seri Anwar di dalam perdebatan, saya mencabar Najib untuk beredebat", Cabar YB Azmin.
Keseluruhannya, program bermula petang semalam hingga ke malamnya dianggap amat berjaya. Ini membuktikan rakyat Pahang khususnya di Kuantan dan Pekan kini sudah bersedia untuk melakukan perubahan. Pagi ini seawal jam 07.00 pagi, program terakhir YB Azmin Ali di Kuantan adalah melawat kawasan nelayan di Beserah dan beberapa kawasan lain termasuk di Paya Besar dan Rompin.
KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan termasuk AMK/Wanita serta kerjasama baik dari rakan-rakan Pakatan Rakyat yang telah menjayakan program lawatan Timbalan Presiden PKR semalam dan hari ini.
No comments:
Post a Comment