" Najib Altantuya", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan berbagai lagi jeritan dilaungkan oleh para mahasiswa yang berhimpun di Ibu Negara tengahari tadi. Walaupun tuntutan utama mereka adalah pemansuhan pinjaman PTPTN yang mencekik darah para peminjam, namun mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka terhadap Najib dan Rosmah.
Pelajar
berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada
pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan
pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa
Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu
turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
Simbol `kematian' di mana gambar Najib selaku PM yang terkenal dengan dasar "flip flop"nya dan Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dikalungkan bunga dan dibawa berarak oleh para mahasiswa. "Demokrasi telah mati", itulah anggapan para mahasiswa yang kini telah bangkit menentang kepimpinan Najib.
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo. Pakatan Rakyat telah berjanji untuk memansuhkan PTPTN, dan akan menggantikan dengan biasiswa percuma kepada rakyat negara ini yang layak diberi bantuan sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya. Janji Pakatan Rakyat ini dipersendakan oleh pemimpin Umno dengan hujah dangkal mereka iaitu negara akan bankrap jika para pelajar ini dibantu.
Apakah para pelajar ini bodoh seperti mereka? Apakah negara ini telah bankrap walaupun hilangnya RM250 Juta kepada sebuah keluarga Menteri yang gagal membela lembu, tetapi berjaya membeli kondo, tanah dan kereta mewah? Bankrap kah negara ini apabila hutang kroni, Tajuddin Ramli berjumlah lebih RM500 Juta itu dilupuskan? Bagaimana pula dengan isu pembalakan oleh dua beradik di Sabah iaitu Musa Aman serta Anifah Aman dan dikatakan melibatkan juga Peguam Negara berjumlah lebih kurang RM400 Juta? Mengapa untuk membantu Mahasiswa maka timbul isu negara akan bankrap?
Kebangkitan mahasiswa hari ini adalah satu tanda bahawa Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat terutamanya golongan muda. Percayalah, Umno bakal dikuburkan oleh golongan ini di dalam PRU ke 13 akan datang.
No comments:
Post a Comment