KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, April 4, 2012

BUKTI JELAS FITNAH TERHADAP AZMIN CUBA BODOHKAN RAKYAT

Wan Azizah tak berbual dengan Shamsidar pun jadi berita?

Oleh Milo Suam

photoALAHAI Utusan Malaysia, akhbar propaganda milik regim Umno dan Barisan Nasional. Semakin hari semakin mengarut berita-berita yang dikeluarkan demi menyebarkan propaganda murahan memperbodohkan rakyat.

Nak tergelak tengok tajuk berita di Utusan Online hari ini. Salah satu tajuk yang menjadi berita propaganda politik mereka adalah, "Wan Azizah, Shamsidar tak bercakap

Dah macam gosip artis kah kah kah...

Cerita macam ini pun boleh masuk surat khabar ke? Aduhai...


Apa agenda memperbodohkan rakyat di sebalik tajuk berita ini?

Kisahnya begini, seorang penulis bernama Khalid Jafri pernah menulis dakwaan kononnya Anwar telah bersetubuh dengan isteri timbalan presiden Keadilan, YB Azmin Ali bernama Shamsidar sehingga melahirkan anak perempuan bernama Hafifah.

Bagaimanapun, Khalid Jafri telah ditetapkan oleh mahkamah sebagai memfitnah Anwar Ibrahim Kerana menulis dakwaan palsu berdasarkan bukti mahkamah yang menunjukkan bahawa DNA Azmin dan Shamsidar konsisten sebagai ibu bapa kandung Hafifah.

Utusan Malaysia sendiri pernah menyiarkan berita berkenaan isu DNA ini pada tahun 2005 yang lalu, rujuk sini [Utusan].


Almaklumlah, nama pun akhbar propaganda membebalkan rakyat. Walaupun mereka sudah menyiarkan berita ini, namun tetap juga mahu rakyat percaya bahawa anak perempuan Azmin dan Shamsidar adalah anak haram Anwar.

Sifirnya mudah, kisah Khalid Jafri ini sudah lama berlalu, anak muda hari ini ramai yang tidak tahu berkenaan cerita ini, maka mereka cuba memperbodohkan anak muda yang rata-rata belum kenal politik di zaman 1998 dahulu.

No comments:

Post a Comment