Persoalan siapa yang bakal bertanding di Kerusi Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota sedikit sebanyak telah terjawab. Kerusi ini agak lama dikosongkan setelah penyandangnya Azan Ismail dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Negeri Terengganu, maka semenjak itu ia dipangku Lee Chean Chung yang kini adalah Adun Semambu.
YB Chean Chung sewaktu bertemu dengan ahli-ahli Kg Padang dan Taman Impian |
Melalui FB YB Lee Chean Chung, semalam sewaktu perjumpaan dengan Ahli KEADILAN Kg Padang dan Taman Impian di Indera Mahkota, beliau telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota. Apa yang menjadi perhatian sekarang, adakah beliau akan dicabar atau telah ada kompromi bagi mengelakkan pertandingan?
Ramai yang beranggapan akan ada pertandingan di jawatan tersebut. Ramalan dari beberapa pemerhati, kemungkinan Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman juga bakal bertanding merebut Kerusi Ketua Cabang Indera Mahkota. Ada perkhabaran turut menunjukkan minat bertanding di jawatan tersebut adalah Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Sdr Razali Alias.
Apa yang menariknya, sehingga kini tiada kempen yang ketara dari mana-mana pihak kerana ketiga-tiga tokoh berkenaan dikatakan mempunyai hubungan yang begitu baik dan sudah tentunya jika ada pertandingan sekalipun ia hanyalah sekadar meraikan demokrasi yang bersih.
Walau bagaimanapun, terdapat juga ramalan bahawa satu kompromi telah dipersetujui bagi mengelakkan pertandingan di jawatan tersebut. Apa pun, kita tunggu pada hari penamaan calon nanti.
Kepada mana-mana individu yang ingin menawarkan diri untuk bertanding di mana-mana Cabang, anda boleh emailkan kepada kami untuk kami hebahkan melalui blog resmi parti. Emailkan terus kepada zek_riy@yahoo.com
No comments:
Post a Comment