Terlebih dahulu kami ucapkan Tahniah dan Syabas kepada Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah kerana terpilih sebagai calon di PRK N25, Dun Kajang bagi menggantikan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah dizalimi dengan hukuman 5 tahun penjara oleh Mahkamah baru-baru ini atas tuduhan fitnah Liwat II.
"KAJANG MOVE" yang dirancang terbukti memberi kesan luar biasa kepada rejim zalim sehinggakan mereka terpaksa melakukan tindakan yang luar biasa apabila tidak sampai 48 jam, hukuman dijatuhkan selepas beberapa jam sahaja selesai penghujahan dibaca. Satu tindakan luar biasa yang membuatkan rakyat faham bahawa isu Anwar ini bukan isu jenayah mahupun moral tetapi lebih kepada isu politik semata-mata.
Apakah mereka anggap memenjarakan Anwar dengan hukuman 5 tahun, maka musnahlah plan "KAJANG MOVE" seterusnya membantut langkah PR ke Putrajaya? Jika itulah anggapan mereka, silap besar. KEADILAN khususnya dan PR amnya, tidak bergantung hayat dengan susuk tubuh Anwar Ibrahim sepertimana mereka bergantung hayat dengan 'dubur' Saiful yang menjijikkan itu.
Datin Seri Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan itu diamanahkan untuk teruskan langkah untuk merealisasikan "KAJANG MOVE". Ini satu bukti menunjukkan plan "KAJANG MOVE" bukan fokus kepada pertukaran MB Selangor sepertimana yang dihebuhkan sebelum ini. Kejutan plan "KAJANG MOVE" terbukti memperlihatkan kesan kepada rakyat Selangor khususnya apabila secara tiba-tiba Najib yang mengetuai rejim boleh bersetuju dan tergesa-tergesa menandatangani persefahaman (MOu) dengan Kerajaan Negeri berkaitan pengambilalihan konsesi air di Selangor. Tidakkah tuntutan itu sudah lama diimpikan oleh rakyat Selangor semenjak PR mengambilalih Kerajaan Negeri? Mengapa disaat PRK Dun Kajang secara mendesak Najib tunduk akhirnya?
Jelas, "KAJANG MOVE" benar-benar buat rejim sekarang merasa 'panas'. Disaat rakyat membara dengan kemarahan terhadap rejim yang menzalimi Anwar dengan hukuman penjara 5 tahun, rakyat merasa sedih dan dukacita pula apabila tersiar berita kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini gagal dikesan. Isu passport palsu yang disyaki digunakan oleh dua penumpang yang turut hilang itu menjadikan rejim bertambah tertekan dengan persoalan rakyat tentang tahap keselamatan negara ini.
KEADILAN Pahang mengungkapkan rasa dukacita di atas tragedi ini dan mendoakan agar kesemua mangsa yang terlibat berada di dalam keadaan selamat.
No comments:
Post a Comment