KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Takziah kepada waris dan keluarga seorang aktivis dan penggerak parti KEADILAN, Puan Irene Fernandez yang telah meninggal dunia lebih kurang jam 10.15 pagi tadi.
Mendiang meninggal dunia kerana amplikasi jantung yang dialaminya. Seorang tokoh wanita yang hebat, berani dan tegas di dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan wanita. Beliau pernah dihukum penjara di dalam perjuangannya namun beliau tidak pernah berundur atau takut menghadapi rejim yang zalim.
Semoga waris mendiang dapat menerima kehilangan insan tersayang buat mereka dan menghadapinya dengan penuh kesabaran. Parti kehilangan seorang pejuang wanita yang berani dan gigih.
No comments:
Post a Comment