KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, March 16, 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370 - HATI-HATI DENGAN EJEN MUSUH YANG INGIN AMBIL KESEMPATAN

Sudah seminggu tragedi Pesawat MH370 yang gagal dikesan menjadi bahan berita media dunia.  Di dalam kita bersedih dan berdukacita dengan tragedi malang itu, kita disajikan juga dengan kisah lawak bodoh dan khurafat oleh Tok Bomoh Tikar Terbang.  Media dunia turut menjadikan kisah karut itu sebagai bahan lawak media mereka, mungkin untuk menghiburkan hati yang duka buat seketika.

Apa pun perbuatan memalukan itu sewajarnya dipertanggungjawabkan kepada kerajaan Umno/Bn.  Samada bomoh khurafat itu diupah atau tidak oleh mereka, yang pasti lokasi KLIA bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh orang awam untuk aktiviti mereka apatah lagi bertujuan mengamalkan Khurafat di saat satu dunia meratapi peristiwa sedih pesawat yang hilang.  Buktinya, Solat Hajat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor yang telah diadakan di KLIA bagi memohon bantuan Allah menemukan pesawat yang hilang itu telah menarik perhatian pihak Polis untuk membuat siasatan.  Peliknya, sewaktu tim bomoh khurafat berkenaan melakukan amalan lawak tikar terbang di situ, tiada masalah pula.  

Ini jelas menunjukkan bomoh berkenaan telah mendapat restu dari pihak berkuasa.  Berkenaan tragedi pesawat yang masih hilang ini, kita ingin mengingatkan kepada Kerajaan agar berhati-hati di dalam menerima bantuan pihak luar.  Kita bimbang sekiranya pihak luar mengambil kesempatan dari permasalahan ini untuk mereka menyusup masuk ke negara kita bagi mendapatkan sesuatu yang akan menjejaskan keselamatan negara kita.

Kami menyokong sepenuhnya apa jua tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencari pesawat berkenaan tetapi di dalam masa yang sama jangan abaikan aspek keselamatan negara kita.  Jangan kita gadaikan keselamatan rakyat dan negara ini hanya kerana merintih simpati dan bantuan dari pihak asing.  Di dalam memohon bantuan, apa yang penting kita mesti kenal siapa kawan dan musuh kita.  Perisikan negara kita harus sentiasa berwaspada dengan semua langkah yang pihak luar ambil walaupun mereka menggunakan alasan untuk membantu mencari pesawat berkenaan.
 
Marilah kita berdoa agar Allah mempermudahkan usaha-usaha mencari dan menyelamat ini.   

No comments:

Post a Comment