KEADILAN terus merancakkan kempen di segenap pelusuk daerah di kawasan Pahang memandangkan hanya beberapa bulan sahaja dijangkakan PRU ke 13 akan diadakan, malahan tidak mustahil Parlimen akan dibubarkan tidak sampai tempoh tersebut.
Sehubungan itu kita dapat lihat di semua Cabang KEADILAN di Negeri Pahang mula rancak dengan berbagai aktiviti kempen samada berbentuk ceramah mahu pun gerak kerja menemui akar umbi di kawasan masing-masing. Begitu juga KEADILAN Cabang Raub yang kini semakin aktif di Pahang Barat.
Sehubungan itu kita dapat lihat di semua Cabang KEADILAN di Negeri Pahang mula rancak dengan berbagai aktiviti kempen samada berbentuk ceramah mahu pun gerak kerja menemui akar umbi di kawasan masing-masing. Begitu juga KEADILAN Cabang Raub yang kini semakin aktif di Pahang Barat.
Sdr Azmi Zainon, Timbalan Ketua Cabang K.Krau turut berucap |
Tuan Hj Suhaimi Said kali ini membawa kisah Altantuya.... |
KEADILAN Cabang Raub di bawah usaha Pengarah Pilihanrayanya, Sdr Rizan Ali dan dibantu oleh kepimpinan dan ahli-ahli yang lain telah mengadakan dua program pada 15 Disember dan 16 Disember 2012 di kawasan Dun Dong. Program pada 15 Disember adalah berbentuk ceramah penerangan yang dihadiri oleh YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota), Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal) serta pimpinan PAS tempatan. Ceramah tersebut telah diadakan di Kg Ulu Gali, dalam DUN Dong, Raub.
Sdr Rizan Ali (Pengarah Pilihanraya Cabang Raub) menjadi Pengerusi |
YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota) sebagai Pemidato Utama |
Di antara masyarakat setempat yang hadir
Keesokannya, pada 16 Disember 2012, seluruh jentera KEADILAN Cabang Raub telah melangkah menemui masyarakat akar umbi di perkampongan dan juga di pasar-pasar. Di antara kampung yang di ziarahi ialah Kg Pancur, Kg Temau serta Ulu Dong. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sehingga jam 12.30 tengahari. Sambutan masyarakat setempat menunjukkan bahawa kehadiran KEADILAN di kawasan ini dapat diterima dengan baik.
Program ziarah
Tahniah KEADILAN Cabang Raub semoga terus melipatgandakan usaha mendapatkan sokongan rakyat agar PR mampu menawan Negeri Pahang khususnya, dan PR berupaya ke Putrajaya, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment