KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, December 8, 2012

KEBANGKITAN RAKYAT PAHANG BERMULA, REJIM UMNO/BN WAJIB DITOLAK


PADA 09hb Disember 2012 (Ahad) bumi Pahang bakal menyaksikan tidak kurang 40 ribu rakyat yang akan berhimpun untuk menyatakan bahawa sudah cukup untuk Umno/Bn menjadi pemerintah di negara ini.  

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Pahang bakal berlangsung di Dataran Darul Hikmah, Kerdau bermula jam 11.00 pagi sehingga berlanjutan ke jam 12.00 tengah malam.  Di dalam beberapa siri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di beberapa buah negeri sebelum ini ternyata tidak pernah mengecewakan.  Ini membuktikan bahawa rakyat sudah cukup bersedia untuk menumbangkan rejim Umno/Bn yang terbukti gagal membela nasib rakyat. 

Bakal Peneraju Negeri Pahang
Kepada seluruh rakyat Pahang yang mahu melakukan perubahan dan yang mahu mendapatkan maklumat yang lebih telus, marilah kita ke program tersebut di mana pada malam itu akan diadakan satu Ceramah Perdana yang dihadiri oleh kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.  Anda digalakkan untuk membawa sejadah, payung dan juga digalakkan memakai pakaian samada berwarna Hijau, Merah, Kuning atau Oren. 

Kepada anak-anak muda yang berminat untuk menyertai konvoi secara besar-besaran, sila berkumpul di R&R Tol Temerloh bermula jam 02.00 petang untuk kita bersama-sama berkonvoi menuju ke Kerdau. 

Aturcara kemuncak pada malam tersebut seperti berikut:

8.30 – 12.00 Malam

Pemidato:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

3. YB Lim Kit Siang

4. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

5. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman

6. YB Leong Ngah Ngah

7. Pimpinan Pakatan Rakyat & NGO
 
Mohon hebahkan.

No comments:

Post a Comment