Maka berdendanglah pemimpin dan ahli-ahli Umno di PWTC baru-baru ini dengan lagu "Anak Kecil Main Api". Ada yang berwajah serius dan tidak kurang juga yang menangis teresak-esak apabila mendendangkan lagu warisan ini. Apa hebatnya lagu ini sehingga di angkat sedemikian rupa di dalam perhimpunan parti sekular tersebut?
Kita hayati lirik lagu tersebut seperti di bawah;
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Lagu ini popular di dalam mana-mana Kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN). Objektifnya mudah, iaitu untuk menaikkan semangat perkauman kononnya tanahair ini masih dimiliki oleh bangsa asing, bukan oleh anak watan sendiri khususnya orang-orang Melayu.
Benarkah begitu? Siapa yang memimpin negara ini lebih dari 55 tahun? Kaum mana dan parti mana? Mengapa mereka yang memimpin negara ini mereka masih menganggap diri mereka 'orang asing'? Siapa yang membolot harta kekayaan negara selama ini? Kaum Cina, India, Iban atau Kadazan?
Siapa yang mengkhianati bangsa dan ugama mereka sendiri? Mengapa sekarang mereka menyanyikan lagu tersebut seolah-olah sudah lebih 55 tahun negara ini 'dijajah' oleh bangsa asing? Jawapannya mudah iaitu kerana mereka ingin memperbodohkan orang-orang Melayu seolah-olah yang membolot harta kekayaan negara ini bukan mereka tetapi 'bangsa asing'. Ertinya, di dalam PRU akan datang, orang-orang Melayu mesti menyokong mereka kononnya untuk mereka 'merampas' kembali hak-hak orang Melayu dari 'bangsa asing' tersebut.
Bukankah itu melucukan? Ternyata perhimpunan Umno pada kali ini tidak membawa apa-apa hala tuju untuk negara dan bangsa, jauh sekali ugama melainkan satu perhimpunan yang penuh dengan fitnah serta membawa api perkauman.
Apa pun, tindakan mereka tidak langsung memberi kesan kepada Pakatan Rakyat malahan menambahkan semangat kita untuk terus menggempur mereka yang selama ini berlagak seperti 'orang asing' yang menjajah negara ini.
No comments:
Post a Comment