KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, December 9, 2012

ADUN TERUNTUM DICABAR BERDEBAT DALAM ISU LYNAS

Meskipun Kilang Operasi Lynas telah dibenarkan oleh mahkamah untuk beroperasi di Gebeng, Kuantan namun polemik berkaitan keputusan kerajaan membenarkan projek ini masih hangat diperkatakan.
 
Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota
Pada asalnya isu Lynas diperbahaskan dari aspek keselamatan dan alam sekitar juga dari segi keuntungan kepada negeri Pahang khususnya, tetapi kini telah mula dijadikan isu politik perkauman.  Pihak media pula turut memanaskan isu ini dengan laporan yang amat tidak adil di mana hanya beberapa individu tertentu ditemubual kononnya mendakwa operasi Lynas ini terjamin dan terkawal.  Tiada kenyataan atau temubual dilakukan ke atas pihak yang menentang kewujudan kilang ini.
 
YB Chang Hong Siong (Adun Teruntum) dicabar untuk berdebat
Terbaru, diberitakan Adun Teruntum YB Chang Hong Siong menyatakan bahawa masyarakat Cina khususnya sekitar Kuantan kini mula menerima kehadiran kilang tersebut.  Benarkah begitu?  
 
Kenyataan YB Chang Hong Siong ini amat mengelirukan dan disanggah oleh Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung yang juga salah seorang aktivis di dalam gerakan Anti Lynas.  Melalui Facebook Sdr Lee Chean Chung, beliau mencabar Adun Teruntum tersebut menyatakan pendirian sebenar MCA khususnya atau pendirian peribadi beliau terhadap operasi Kilang Lynas tersebut.

Petikan dari FB Sdr Lee Chean Chung seperti berikut;

Saya mencabar ADUN Teruntun YB Chang Hong Siong menjelaskan kenyataannya yg mengelirukan:

1. Berdasarkan bukti apa beliau mendakwa Masy. Cina telah menerima LAMP?
2. Berdasarkan apa beliau menganggap kenyataannya dpt mewakili Masy. Cina?
3. Mengapakah Cina Sahaja? Bukankah pengundi Melayu, India dll DI Kawasan Teruntun/Kuantan juga bakal menghadapi risiko kesihatan?

Sdr. Chang menjawab bahawa dia bukan kata Mesy. Cina menyokong kilang Lynas tetapi hanya suara bantahan tidak lantang.

Persoalan saya: Apakah PENDIRIAN sebenarnya ADUN Teruntun dalam isu kilang LAMP ini?
 
Nampaknya isu ini masih belum berakhir dan rakyat kini menanti satu perubahan bakal berlaku di mana operasi Kilang Lynas wajib dihentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negeri dan negara ini.   Sdr Lee Chean Chung juga turut mencabar Adun Teruntum untuk berdebat secara terbuka dengan beliau di dalam isu tersebut.  Adakah Adun dari Bn itu berani?

No comments:

Post a Comment