KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, May 7, 2012

TERKINI - IBU PEJABAT PKR NEGERI PAHANG DISABOTAJ, DOKUMEN HILANG, WAYAR LETRIK DIPUTUSKAN

TERKINI.  Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan malam tadi disedari telah dipecah masuk dan beberapa dokumen parti, komputer serta beberapa peralatan pejabat didapati hilang.  Turut dirosakkan adalah wayar-wayar letrik seluruh kawasan pejabat telah diputuskan.

Mengikut keterangan awal, SUK parti telah datang ke pejabat sebentar tadi (06 Mei 12) lebih kurang jam 09.30 malam untuk melakukan tugas.  Setibanya di pejabat, beliau mendapati rantai pintu pagar pejabat telah diputuskan.  Dipercayai penceroboh memasuki pejabat melalui siling pejabat kerana tiada kesan pintu pejabat dipecahkan.

Dipercayai perbuatan khianat ini dirancang untuk mensabotaj parti kerana melibatkan kehilangan beberapa dokumen penting serta komputer yang mengandungi data-data penting parti.  Satu laporan Polis akan dibuat di mana keterangan serta laporan lebih tepat akan dikeluarkan.

KEADILAN Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan. Sebelum ini, telah berlaku kecurian di pejabat PKR Negeri yang mana lima buah kompresor hawa dingin didapati hilang.

Pagi nanti (07 Mei 12) satu sidang media akan diadakan berkaitan kes yang terbaru ini.

No comments:

Post a Comment