KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, May 5, 2012

GERAKAN "MERDEKA RAKYAT - PASCA BERSIH 3.0" BERMULA, ANWAR MULAKAN LANGKAH

Sokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelosok negara yang turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil adalah catatan sejarah negara. BERSIH3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang seharusnya dirayakan semangat dan prinsipnya. 
 


Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu sebenar yang dibawa BERSIH3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat. Rakyat yang menjadi mangsa akibat kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan Umno/Barisan Nasional sedang pemangsa yang ganas dilindungi.

KEADILAN akan terus membawa berita gembira dari BERSIH3.0 ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat.

Pelancaran siri ceramah perdana dan jelajah “Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0” akan disempurnakan sendiri oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin, 7 Mei 2012 di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam. Ia akan turut disertai pimpinan terkanan KEADILAN dan jemputan kepada pimpinan PAS dan DAP.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman penting mengenai kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam majlis pelancaran Merdeka Rakyat pada hari Isnin ini.

Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui BERSIH3.0, KEADILAN juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa. Peluang ini juga akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Siri ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0 akan dibawa ke seluruh negara untuk memastikan api semangat rakyat menuntut proses demokrasi yang adil akan terus membakar.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

No comments:

Post a Comment