KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, May 20, 2012

MUZAKARAH UMNO, PAS - KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ WAJAR

Isu Muzakarah Umno - PAS muncul kembali seiring dengan isu Hukum Hudud.  Semuanya ini memang kita jangka setiap kali Umno akan berhadapan dengan saat-saat getir menghadapi Pilihanraya.  Walau apa pun, kita perlu bersangka baik terutamanya dengan kesediaan PAS untuk bermuzakarah bukan sahaja bersama Umno, bahkan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan MCA, DAP, Gerakan mahu pun dari PKR.

Satu jawapan yang jelas dan tepat oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu ini.  Baca DI SINI.  Tuan Guru Nik Aziz mahu agar Umno menunjukkan keikhlasannya untuk bermuzakarah dengan PAS iaitu Umno perlu mengubah dasar perkauman parti tersebut kepada dasar Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.  Keduanya, Umno mesti bersedia untuk menerima Pakatan Rakyat termasuk dari PKR dan DAP sebagai rakan muzakarah.

Memang ada lojiknya apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.  Tujuan muzakarah adalah untuk menyatukan rakyat terutamanya orang-orang Islam di dalam negara ini.  Apakah di dalam PKR dan DAP tiada yang berugama Islam?  Mustahil penyatuan rakyat di dalam negara ini boleh berlaku sekiranya umat-umat Islam sendiri berpecah-belah, dan mustahil juga negara ini aman sekiranya rakyat berugama selain dari Islam tidak bersatu.  Ertinya, Islam boleh menyatukan semua rakyat dari semua bangsa dan ugama.  Maka, memang wajar muzakarah ini turut melibatkan semua parti politik malahan diperluaskan kepada beberapa NGO yang memainkan peranan penting di negara ini.

Apa yang boleh difahami dari penjelasan Tuan Guru Nik Aziz itu adalah muzakarah tidak akan berlaku sampai bila-bila selagi Umno hanya mahukan PAS sahaja.  Jika Umno hanya perlukan PAS sahaja untuk bermuzakarah kononnya untuk penyatuan Melayu atau Islam, maka sah lah bahawa Umno hanya ingin menjadikan isu muzakarah ini sebagai senjata politik mereka semata-mata.

No comments:

Post a Comment