KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, May 14, 2012

SEPAK TAKRAW PIALA YB FUZIAH SALLEH - GALING FC JUARA

Semalam, 13 Mei 2012 (Ahad) bertempat di Padang Sepak Takraw Galing, Kuantan telah diadakan Kejohanan Tertutup Sepak Takraw merebut Piala Pusingan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Objektif kejohanan ini adalah untuk merapatkan silaturrahim di kalangan anak-anak muda dan penduduk setempat di samping menjadikan aktiviti sukan sebagai aktiviti riadah yang memberi kebaikan.

Piala Pusingan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan

Bermula seawal jam 09.00 pagi, kejohanan yang disertai oleh seramai 12 pasukan yang majoritinya di kalangan anak-anak muda telah mendapat sambutan hangat.  YB Fuziah Salleh berkesempatan hadir seketika menyaksikan pertandingan tersebut tetapi tidak berkesempatan untuk menyampaikan hadiah dan Piala Pusingan kepada pemenang kerana beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat di Ibu Pejabat Parlimen Kuantan.

Sdr Kamarul Hatta, Pegawai Khas YB Fuziah Salleh menyampaikan hadiah kepada pemenang

Johan kali ini dimenangi oleh Pasukan Galing FC.  Hadiah telah disampaikan oleh Sdr Kamarul Hatta selaku Pegawai Khas kepada YB Fuziah Salleh.  

Juara - Galing FC

Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala pasukan yang tidak berjaya jangan berputus asa dan cuba lagi di masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment