KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, May 17, 2012

PRU 13: Pakatan Rakyat sedia bila2 masa – Fuziah

(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 15 Mei: Pakatan Rakyat cukup sedia berhadapan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU ke-13) jika Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

 
 
Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berteka-teki mengenai tarikh itu, namun Pakatan Rakyat tetap optimis pilihan raya pasti diadakan bila tiba masanya.

“Sebab itu, kita sentiasa berjaga-jaga dan bersedia. Kita tahu akan tiba masanya. Paling lewat pada April tahun depan dan paling awal adalah esok, lusa dan keesokannya,” katanya sinis kepada Keadilan Daily.

Cakap-cakap mengenai tarikh pilihan raya semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Ramai ‘penganalisis’ sebelum ini meramalkan tarikh pengundian pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei.

Spekulasi itu ekoran kenyataan Najib yang tetap mahu membubarkan Parlimen awal walaupun ratusan ribu rakyat pro-Pakatan membanjiri ibu negara 28 April lalu, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Spekulasi menjadi semakin kencang selepas Najib membuat ‘serangan balas’ kononnya mahu membubarkan Parlimen selepas menyaksikan sambutan menggalakkan daripada penyokongnya pada sambutan ulang tahun Umno ke-66, 11 Mei lalu.

Namun perkembangan terbaru seperti dilapor Sinar Harian menyaksikan, tarikh 9 Jun meleset ekoran pemergian Najib ke United Kingdom semalam dan akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.

Justeru, timbul spekulasi baru PRU-13 akan diadakan pada 8 Julai, kononnya selepas perhimpunan besar-besaran BN pada 17 Jun ini.

Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Jawatankuasa Untuk Pilihan Raya Bersih KEADILAN berkata, oleh kerana Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk menentukan tarikh pilihan raya,

Najib telah menyalahguna kuasa semata-mata bagi menjamin kemenangan tanpa memikirkan proses demokrasi.

“Maka wujud spekulasi daripada pelbagai pihak. Rakyat tertanya-tanya bilakah tarikh pilihan raya. Wujud pelbagai andaian mengenai perkara ini.

“Sepatutnya tarikh PRU diberitahu awal. Seperti di Indonesia, rakyat sudah tahu awal bila mereka akan mengundi…di Melawi pun begitu juga. Malaysia pula bila lagi?” soal Fuziah lagi./Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment