KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, May 4, 2012

PARTI KEADILAN AJAK RAKYAT TOLAK BUDAYA FITNAH UMNO

KENYATAAN MEDIA
3 MEI 2012

Parti Keadilan Rakyat mengutuk keras tindakan terbaru Umno dan ‘para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamad Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.

Parti Keadilan Rakyat menggesa Presiden Umno Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’. Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamad Azmin Ali sekadar mengesahkan peranan Dato Seri Najib Tun Razak yang memberikan laluan lampu hijau.

Budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlaq ini sewajarnya dihentikan. Budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah.

Apakala Umno berada dalam keadaan terdesak dek kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru Bersih 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai, Umno akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah. Harapan Umno rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, SPR yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka.

Parti Keadilan Rakyat lantas mengajak rakyat mengambil pengajaran daripada peristiwa fitnah yang menimpa isteri kesayangan Nabi Muhamad saw Ummul Mukminin Aisyah ra yang difitnah berbuat jahat dengan seorang sahabat yang terkenal wara’ dan kebaikannya. Peristiwa ini mendedahkan peranan golongan munafik yang mencipta dan menjaja fitnah ini. Golongan ini wajib ditolak dan ditentang habis-habisan. Peristiwa ini juga memberi pengajaran bahawa membanteras perbuatan fitnah menjadi tugas dan kewajipan sesama muslim demi melindungi dan memelihara maruah saudara seagama.

Parti Keadilan Rakyat mengajak rakyat seluruhnya menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah pada pilihanraya ke 13 akan datang. Rakyat semakin matang dan jika Umno beranggapan mereka terus boleh kekal berkuasa dengan politik fitnah ini ternyata Umno silap besar. Rakyat mampu membezakan di antara haq-batil, adil-zalim dan mahmudah-mazmumah.


Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

/Melalui Email

No comments:

Post a Comment