KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, May 28, 2012

SEKITAR JELAJAH `MERDEKA RAKYAT' DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE PAHANG (MARAN) MALAM TADI

Jelajah `Merdeka Rakyat' Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pahang berakhir malam tadi.  Tanggal 27 Mei 2012, Maran menjadi lokasi tumpuan Ketua Umum KEADILAN merangkap bakal PM, InsyaAllah, selepas PRU ke 13 ini nanti.  Maran diketahui umum sebagai kawasan dahulunya kubu terkuat Umno di Pahang selain di Pekan.

Di Pentas Utama bersama pimpinan yang lain

Lokasi persinggahan pertama di dalam program ceramah beliau malam tadi adalah di Sg Jerik, Maran.  Lebih kurang jam 0945 malam, Dato' Seri Anwar tampil di pentas dengan di hadapannya tidak kurang 5 ribu orang.  Jelas dilihat, majoriti yang hadir adalah terdiri dari kaum Cina yang sejak dari awal telah memenuhi ruang di hadapan pentas pidato.  Turut hadir adalah pimpinan-pimpinan dari PR dan juga Ketua Cabang KEADILAN Maran, Sdr Boestamim.

Dato' Seri Anwar sedang berucap di Sg Jerik
Edaran risalah sebelum Dato' Seri Anwar tiba

Sepanjang program di Sg Jerik, tiada sebarang gangguan dilihat dan program berjalan dengan amat baik sekali.  Dato' Seri Anwar Ibrahim menutup pidato beliau lebih kurang jam 10.45 malam dan kemudiannya bergegas pula ke Bandar Baru Maran untuk program ceramah kedua beliau.

Foto atas dan bawah- Khemah Karaoke anjuran Bn serta sebilangan kecil yang hadir

Diiringi dengan beberapa kenderaan dan motosikal, ketibaan Dato' Seri Anwar ke Markas PAS Bandar Baru Maran disambut dengan lebih meriah lagi.  Kemeriahan sambutan terhadap Ketua Pembangkang ini amat mencabar buat satu kelompok kecil di dalam sebuah khemah yang berada di dalam jarak lebih kurang 50 meter yang terdiri dari sebilangan kecil kaum Cina MCA dan Melayu Umno di dalam majlis Karaoke mereka. Di khemah tersebut, terdapat jamuan yang disediakan sambil mereka menikmati nyanyian yang dipasang kuat.

Di Markas PAS Bandar Baru Maran dipenuhi orang ramai
Gangguan-gangguan yang memperlihatkan sikap tidak bertamadun Bn bagi menghadapi pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim ini ternyata tidak menjejaskan program malam tadi.  Kehadiran yang dianggarkan tidak kurang dari 7 ribu orang di Markas PAS Bandar Baru Maran malam tadi jelas membuktikan Maran bukan lagi kubu kuat Umno/Bn.  Bayangkan, di dalam satu kawasan diadakan program serentak boleh mengumpulkan lebih dari 10 Ribu orang di dua lokasi adalah sesuatu yang amat membanggakan. 

Berucap di Bandar Baru Maran


Kelantangan pidato Dato' Seri Anwar diselangselikan dengan sorakan dan tepukan gemuruh orang ramai yang mendengar telah menghilangkan bunyi dari pembesar suara di khemah karaoke bersebelahan.  Dato' Seri Anwar di dalam pidatonya menyatakan betapa malangnya penyakit Umno yang suka mengganggu ceramah PR kini mula menular kepada MCA pula.  Beliau memberi amaran kepada penganjur Karaoke di seberang sana bahawa Kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan kekal dan pihak Penganjur Karaoke berkenaan harus ingat.  Beliau berkata, beliau tidak berdendam tetapi mereka perlu menjawab kemudian nanti mengapa mereka bertindak sebodoh itu dan sanggup menjadi pencacai kepada Umno yang sememangnya amat takut untuk berdepan dengan PR melalui hujah.



Di dalam kedua-dua program Dato' Seri Anwar malam tadi beliau telah menyentuh beberapa isu, di antaranya adalah;

-  Fitnah terhadap beliau dan pimpinan PR.
-  Isu PTPTPN.
-  Ketelusan pemerintahan PR di beberapa negeri berbanding dengan Umno/Bn.
-  Isu hubungan dengan Israel/Yahudi.
-  Umno gadaikan hak orang-orang Melayu, bukan PKR, PAS atau DAP.
-  Isu komisyen Scorpene dan hubungannya dengan kes Altantuya di Mahkamah Perancis.
-  Isu NFC.
-  Keangkuhan Umno yang menggunakan pihak Polis serta sikap biadap Umno yang sering melakukan provokasi terhadap program PR.
-  Menjawab beberapa isu politik semasa yang sering dimainkan olehg media milik Umno.

Secara keseluruhannya, program malam tadi di Maran amat berjaya dan jauh dari jangkaan.  Difahamkan MP Maran juga turut hadir seketika di khemah Karaoke dan pastinya beliau melihat sendiri betapa rakyat di Maran kini sudah bangkit dan Umno/Bn mesti bersedia untuk menyerahkan kerusi yang mereka duduki sekarang kepada PR selepas PRU ke 13 ini nanti.

Syabas KEADILAN Maran, Syabas PR.

No comments:

Post a Comment