KUALA LUMPUR 21 Mei: Pendakwaan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti itu berhubung himpunan Bersih 3.0 adalah jelas bermotifkan politik, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah.
“Motif politik dalam pendakwaan terbaru ini adalah jelas.
“Selepas gagal menghalang Anwar dengan rekaan tuduhan liwat, Peguam Negara, Gani Patail, dengan arahan daripada pihak atasan, kini sekali lagi terdesak untuk cuba menghentikan kemaraan Anwar ke Putrajaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Petang tadi, Anwar, Timbalannya, Azmin Ali dan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin menerima writ saman untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada jam 9 pagi esok.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, mereka akan dihadap dengan tuduhan di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) iaitu menganjur atau menyertai suatu protes jalanan.
Sivarasa berkata, dakwaan bahawa mereka mengarahkan peserta Bersih 3.0 memecahkan penghadang ke Dataran Merdeka adalah mengarut apabila bukti video jelas menunjukkan Anwar mengarahkan peserta himpunan itu menuju Jalan Tun Perak.
“Tuduhan kedua iaitu hadir dalam protes jalanan adalah bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Pendakwaan terhadap Anwar dan lain menunjukkan sikap hipokrit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang selama ini melaungkan program liberalisasi dan transformasi politik,” katanya lagi.
Difahamkan jika sabit kesalahan, ketiga-tiga pimpinan KEADILAN itu akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang./Keadilan Daily

No comments:
Post a Comment