Pada hari Jumaat (30 Mac 2012) ini, seluruh warga Felda dari seluruh negara diseru untuk hadir perhimpunan di Putrajaya selepas Solat Jumaat di Masjid Putrajaya bagi menyerahkan memorandum membantah penyenaraian anak syarikat Felda, Felda Global
Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Tuan Hj Suhaimi Said - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR |
Kempen BANTAH ini telah lama dijalankan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di bawah Tuan Haji Suhaimi Said serta mendapat sokongan bersama dari Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diterajui oleh Sdr Mazlan Aliman. Memorandum berkenaan akan diserahkan terus kepada PM, Najib Razak di pejabat beliau di Putrajaya.
Memorandum berkenaan antara lainnya menggariskan mengenai kerugian
jangka panjang yang akan ditanggung peneroka akibat penyenaraian itu. Isu cagaran tanah oleh satu lagi anak syarikat
Felda, Felda Plantations Sdn Bhd kepada FGVH untuk tempoh 99 tahun mendapat bantahan sebilangan besar para Peneroka kerana dibimbangi harapan untuk generasai kedua, ketiga untuk dapat tanah akan berkecai berikutan penyenaraian tersebut.
Sdr Mazlan Aliman - Pengerusi ANAK |
Tanah berkenaan bukanlah milik Felda tetapi diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan oleh lembaga tersebut. Felda
tidak ada geran ke atas tanah tersebut, bagaimana mungkin Felda boleh sesuka hati memajak tanah berkenaan kepada pihak lain. Para Peneroka harus bangkit bagi mempertahankan warisan mereka turun temurun daripada terus bermimpi dengan `mimpi durian runtuh'.
Sehubungan itu, KEADILAN Negeri Pahang khususnya sekali lagi menyeru kepada semua warga Felda yang masih sayang kepada hak mereka untuk hadir menyuarakan bantahan pada Jumaat ini. Kepada rakyat biasa termasuk NGO-NGO yang turut bersimpati dengan nasib warga Felda diminta turut hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada para Peneroka.
Kerakusan pimpinan Umno/Bn yang semakin menggila ini harus dihentikan segera. Kepada semua pimpinan PR di semua peringkat diminta untuk menghebahkan kempen BANTAH ini pada setiap program yang diadakan serta memberikan kerjasama mengedar risalah kempen ini.
No comments:
Post a Comment