KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, March 12, 2012

MESYUARAT MPN - PENGERUSI MPN PUAS HATI GERAK KERJA PARTI

Pada 11 Mac 2012 jam 10.00 pagi, KEADILAN Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat MPN bertempat di Ibu Pejabat KEADILAN di Jalan Beserah, Kuantan.  Semua Ketua Cabang dan Jawatankuasa Negeri telah hadir bagi membincangkan beberapa perkara dan tumpuan utama adalah kepada persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan diadakan di antara dua ke tiga bulan sahaja lagi.

Pengerusi KEADILAN Negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang juga turut dihadiri oleh wakil dari kaum Orang Asal.  Kesemua Ketua Cabang serta Jawatankuasa yang hadir telah menunjukkan semangat yang tinggi dan telah mengemukakan janji untuk terus bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi bagi merealisasikan hasrat untuk mengambil alih Negeri Pahang dari kerajaan pimpinan Umno/Bn.

Pengerusi telah menggariskan beberapa panduan kepada semua yang hadir untuk disampaikan kepada semua ahli parti seterusnya diimplimentasikan di dalam gerak kerja di kawasan masing-masing.  Di antara amanat Pengerusi MPN adalah seperti berikut;

1.  Memperkuatkan lagi hubungan serta silaturrahim di kalangan semua peringkat di dalam parti samada di peringkat Negeri, Cabang, Ranting, AMK dan Wanita. 

2.  Memperkukuhkan kerjasama dan persefahaman di antara KEADILAN dengan sekutu dari PAS dan DAP.  Sebarang perbezaan pendapat yang remeh boleh diselesaikan di peringkat dalaman manakala perbezaan pendapat yang melibatkan dasar mestilah diserahkan kepada pucuk pimpanan.

3.  AMK dan Wanita adalah tonggak kepada parti, justeru itu mereka perlu berganding bahu dan bersepakat dengan pimpinan di semua peringkat demi membantu parti.  Sebarang perselisihan pendapat perlu ditangani dengan bijak dan berhemah tanpa menjejaskan parti.

4.  Gunakan media baru seperti blog atau facebook sebaik mungkin untuk membantu parti dan menyampaikan maklumat perjuangan parti, bukan untuk berperang sesama sendiri yang akhirnya menjauhkan silaturrahim sesama ahli.

5.  Kepada mana-mana Penganjur yang mahu menganjurkan program ceramah atau apa jua aktiviti parti di kawasan masing-masing, mereka mestilah meletakkan aspek keselamatan diberi keutamaan.  Ini memandangkan sejak kebelakangan ini banyak program yang diadakan oleh parti sentiasa diganggu oleh pihak `musuh'.  Kejadian ini berlaku salah satu faktornya adalah kerana kita gagal menentukan aspek keselamatan dan kawalan berada di tahap yang tinggi.

6.  Setiap Ketua Cabang mesti mengetahui secara jelas dan tepat beberapa isu semasa agar mereka mampu berhujah dan memberikan penerangan kepada ahli-ahli di akar umbi seterusnya kepada rakyat.

Meskipun terdapat dua atau tiga Cabang yang masih belum mencapai tahap `kesiapsiagaan' yang tinggi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang, Pengerusi setakat ini berpuashati dengan keseluruhan gerak kerja di semua peringkat dan beliau mengharapkan agar ianya dapat ditingkatkan lagi.  

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan dan ahli parti yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam menjayakan `Retreat'' atau Temu Rapat Pimpinan KEADILAN Kebangsaan yang telah diadakan di negeri ini dan berakhir pada 26 Feb yang lalu.  Beliau berpuas hati kerana program ceramah serentak yang diadakan pada 26 Feb yang lalu berjaya dilaksanakan.

Tahniah juga beliau ucapkan kepada semua kerana turut mengambil bahagian di dalam Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK 4, Kuantan baru-baru ini. 

No comments:

Post a Comment