KEADILAN Pahang sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan atau NGO bagi menentukan rejim Umno/Bn berjaya ditumbangkan di dalam PRU akan datang. Pintu sentiasa terbuka bukan sahaja kepada sekutu parti di dalam Pakatan Rakyat, malahan kita sentiasa bersedia bersama mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama untuk meruntuhkan kekejaman rejim yang ada.
Malam ini (Isnin - 12 Mac 2012) jam 09.00 malam, KEADILAN di Dun Cheka akan mengadakan program Ceramah Umum `Demi Rakyat' bertempat di Kg Kerambit, Kuala Lipis, Pahang. Penceramah yang telah diundang adalah Pengerusi Jingga 13 iaitu Sdr Fariz Musa yang juga MPP KEADILAN Pusat dan Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC) Sdr Saifuddin Shafi Muhammad. Turut berceramah adalah Biro Pendidikan KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penyelaras Dun Cheka Tuan Hj Abas Awang.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat dan penerangan isu-isu semasa yang bakal disampaikan oleh para penceramah. Mohon hebahkan.
No comments:
Post a Comment