KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, March 12, 2012

SEKITAR CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI BERA SEMALAM


 Felda Bukit Mendi, Bera adalah merupakan satu kawasan felda yang dikatakan kubu kuat Umno.  Sudah menjadi satu kewajipan bagi KEADILAN bersama Pakatan Rakyat, di mana sahaja kawasan yang dikenalpasti sebagai kuat Umno pasti akan diterjah bagi menyampaikan maklumat setelus mungkin kepada rakyat.

Pada 10 Mac 2012 jam 09.00 malam, bertempat di perkarangan rumah seorang Peneroka di Felda Bukit Mendi, Pakatan Rakyat telah mengadakan program ceramah yang menampilkan Adun Triang YB Leong Ngah Ngah, Presiden ANAK iaitu Sdr Mazlan Aliman, Chegu Bard (Penyelaras SAMM) dan juga Timb YDP Pas Bera iaitu Sdr Mussanif Abd Rahman.

Adun Triang - YB Leong Ngah Ngah
Presiden ANAK - Sdr Mazlan Aliman

Kehadiran penduduk tempatan dianggarkan seramai 200 orang memenuhi perkarangan rumah Peneroka yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat di situ.   Paling menarik, rata-rata yang hadir adalah dari golongan muda manakala jauh di tepi-tepi jalan yang agak gelap kelihatan ramai juga kelibat-kelibat mereka yang takut untuk menunjukkan muka tetapi masih mahu mendapatkan maklumat isu semasa khususnya berkaitan Felda.

Penyelaras SAMM - Chegu Bard menunjukkan dokumen sebagai bukti

Adun Triang, YB Leong Ngah Ngah di dalam ucapannya banyak berkisar tentang hubungan yang semakin rapat di kalangan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.  Menurut beliau, masyarakat Cina kini tidak lagi takut untuk mengundi PAS kerana PAS telah buktikan di Kelantan, Kedah dan sebelum itu di Perak bagaimana keadilan dan ketelusan yang dianjurkan oleh Islam menguntungkan masyarakat Cina juga.

Timb YDP Pas Kawasan Bera, Sdr Mussaniff pula mengingatkan orang-orang Melayu bahawa Umno bukan lagi parti yang layak untuk membela nasib mereka.  Terlalu banyak pengkhianat Umno terhadap orang-orang Melayu terutamanya terhadap Peneroka Felda, lebih-lebih lagi terhadap Islam itu sendiri.  

Turut kelihatan Ketua Cabang Bera Tuan Hj Abas (baju Biru) dan Timb Ketua AMK Pahang, Sdr Bob Manolan (baju kemeja gelap)

Presiden ANAK, Sdr Mazlan Aliman seperti yang dijangka memberikan banyak pendedahan terhadap isu penyenaraian FGV ke Bursa Saham.  Beliau kesal para Peneroka telah diperdaya untuk menyerahkan salinan geran tanah mereka kepada pihak yang begitu mahu merealisasikan penyenaraian ke Bursa Saham tersebut.  Beliau telah memberikan beberapa fakta dan hujah mengapa para Peneroka wajib menolak penyenaraian tersebut demi mempertahankan hak mereka dan generasi akan datang.  Beliau menyeru kepada semua agar hadir pada Perhimpunan BANTAH yang akan diadakan di Putrajaya pada 30 Mac ini selepas Solat Jumaat di Masjid Putrajaya bagi menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan di dalam isu penyenaraian Bursa Saham ini.

Jualan baju `ABU' laris...

Program malam itu bertambah `panas' apabila tampil Chegu Bard (Penyelaras SAMM) di pentas ceramah.  Beliau memulakan pidatonya dengan mengisarkan kisah sejarah felda yang asalnya memang untuk membantu nasib orang-orang Melayu.  Namun, akibat sifat tamak haloba pemimpin Umno maka mereka telah menggunakan Felda untuk kepentingan diri beberapa kerat pemimpin mereka dengan memperdayakan Peneroka.  Chegu Bard juga menyentuh tentang isu Israel dan hubungan dagang Malaysia dengan Israel termasuk kesannya kepada para Peneroka.  

Risalah `ABU' diedar
Sdr Bob Manolan bersama Sdr Kamarul Hatta dan dan anak muda menyokong `ABU'

Turut hadir pada program malam itu adalah Ketua Cabang Keadilan Bera, Cikgu Hj Abas dan juga Timbalan Ketua AMK Pahang Sdr Bob Manolan.  Turut mengadakan kempen `ABU' (Asal Bukan Umno) pada malam itu adalah Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta.  Pada malam itu juga, seramai 10 orang anak muda telah mendaftar sebagai ahli SAMM Pahang dan bersedia untuk menjayakan kempen `ABU' di kawasan felda tersebut.

ABU (Asal Bukan Umno) kini merebak di felda

Program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Bera malam itu dianggap berjaya kerana telah menarik kehadiran penduduk-penduduk tempatan ke lokasi ceramah. 

1 comment:

  1. RALAT . salam..Maaf dari kami. Sdr Bob Manolan yang disebut di dalam atikel di atas adalah Timbalan Ketua Cabang Bera. Beliau bukan Timbalan Ketua AMK Pahang seperti yang disebut. Kesilapan dikesali.

    ReplyDelete