Amat memeranjatkan apabila dimaklumkan bahawa salah seorang mereka yang `melarikan' seorang gadis bawah umur Siti Nurfatihah Mahadi adalah seorang angota Polis yang juga dikatakan `teman lelaki' gadis berkenaan.
Gadis seorang pelajar Tingkatan Tiga dari Sek Men Kebangsaan Pandan, baru-baru ini menjadi isu hangat apabila dikatakan dicolek sewaktu beliau keluar ke sebuah kedai di Taman Tas, Kuantan untuk membeli kad pra-bayar telefon. Keterangan adik mangsa sendiri mengesahkan kakaknya dilarikan dengan sebuah kenderaan dan kakaknya menjerit meminta tolong.
Namun kita dikejutkan dengan laporan Polis bahawa gadis tersebut `tidak dicolek' tetapi melarikan diri bersama teman lelakinya. Laporan akhbar di bawah ini menambahkan kebingungan kita untuk memikirkan bagaimana kes sebegini boleh terjadi.
Beberapa persoalan mesti dijawap oleh pihak Polis, di antaranya;
1. Benarkah gadis ini tidak dicolek, tetapi melarikan diri? Bagaimana pula keterangan adik mangsa yang menyebut kakaknya diheret ke dalam kereta dan kakaknya menjerit meminta tolong?
2. Jika benar dakwaan menyebut perbuatan `colek' itu telah dirancang oleh gadis berkenaan bersama `teman lelaki'nya dan beberapa yang lain, mengapa perlu gadis berkenaan membawa adik-beradiknya menemaninya ke kedai berkenaan, sedangkan beliau boleh bersendirian untuk tujuan tersebut?
3. Paling besar persoalan yang perlu dijawab oleh pihak Polis, benarkah anggota Polis terlibat di dalam `melarikan' anak gadis bawah umur ini?
Apa pun alasannya, adalah amat bersalahan sekali sesiapa sahaja yang melarikan anak di bawah jagaan ibu-bapanya tanpa pengetahuan ibu-bapa berkenaan, apatah lagi melibatkan budak di bawah umur. Sama seperti kes rogol, samada mangsa sukarela atau tidak, jika mangsa di bawah umur maka ianya dianggap satu perbuatan jenayah dan sipelaku mesti didakwa atas kesalahan merogol.
Di dalam kes ini, gadis berkenaan di bawah umur dan berada di bawah jagaan orang tuanya. Samada benar gadis berkenaan bersetuju untuk melarikan diri, tindakan `teman lelaki'nya yang dikatakan seorang anggota Polis berkenaan dan rakan-rakannya yang bersubahat itu perlu didakwa. Kes ini menjadi satu isu yang melibatkan ramai pihak yang sebelum ini bersusah payah untuk tampil membantu, maka tindakan mereka yang melakukan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan.
Sehubungan itu, kita mendesak agar pihak Polis menyiasat kes ini secara telus walaupun yang dikatakan terlibat itu adalah anggota keselamatan sendiri. Selaku anggota keselamatan, seharusnya beliau faham peranannya sebagai menjaga amanah mengawal keselamatan bukan menjadi orang yang khianat dan menyusahkan masyarakat dan keluarga mangsa. Kita akan pastikan kes ini tidak akan ditutup begitu sahaja agar ianya tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang.
----------------------------------------------------------------------
Petikan Akhbar;
Ibu tetap bertegas enggan restui hubungan Siti Nurfatihah dengan teman lelaki
KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.
Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.
Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya. - Normala Mohd Lazin, ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi.
“Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.
“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga. -BH
No comments:
Post a Comment