KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, March 31, 2012

SEKITAR PERHIMPUNAN BANTAH PENYENARAIAN FGVHB SEMALAM

Semalam (Jumaat - 30 Mac 2012), beberapa pemimpin dan wakil NGO serta wakil-wakil para Peneroka telah memulakan Mukaddimah perhimpunan `BANTAH' yang mengumpulkan suara para peneroka felda seluruh tanahair bagi menyampaikan memorandum kepada PM, Najib Razak untuk menggesa beliau membatalkan Penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia seperti yang dirancang oleh kerajaan.

Di dalam beberapa program yang diatur oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, kejayaan mengumpulkan 100,000 tandatangan membantah penyenaraian FGVHB itu menunjukkan betapa warga felda sendiri menentang hasrat kerajaan tersebut. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said berkata, kos operasi Felda kini adalah RM1.9 bilion yang menyebabkan agensi itu bakal menanggung kerugian atau defisit sebanyak RM0.9 bilion setiap tahun.

Katanya, bagi tujuan penyenaraian dan pampasan RM1 bilion tersebut, Felda memajak seluas 830,000 ekar tanah melalui Felda Plantation dan tambahan 20,000 ekar tanah poket kepada FGVHB, yang bertentangan dengan Akta Kemajuan Tanah. Jelasnya lagi, rekod buruk penyenaraian FGVHB juga menunjukkan syarikat itu mengalami kerugian teruk iaitu mencecah RM500 juta di antara 1997 hingga 2010. Beliau turut menempelak Najib kerana mengekalkan dua pemimpin bermasalah dalam pengurusan Felda, iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengerusi Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad.

“Sabri pernah terlibat dalam salah laku mengurus yang membawa kerugian RM120 juta kepada Golden Hope Plantation Bhd seperti dilapor KPMG forensic dalam Straits Times pada 11 Jun 2008.
“Manakala Isa didapati bersalah dalam kes rasuah pemilihan Umno pada 2005,” tegasnya. 
 
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said
MP Shah Alam - YB Khalid Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor- YB Tony Phua
 
Sebelum itu, pada 29 Mac 2012 (Khamis) bertempat di Kompleks Sukan, Seksyen 15, Bangi satu program ceramah yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada malam tersebut.  Program yang dihadiri tidak kurang dari 5,000 orang itu turut menampilkan beberapa tokoh yang berucap termasuk Sasterawan Negara, A. Samad Said yang telah membacakan puisi beliau.
 
Sasterawan Negara, A. Samad Said membacakan Puisi
Ketua AMK - Sdr Shamsul Iskandar
Dato' Seri Anwar turun dari pentas berucap di hadapan ribuan yang hadir
 
Pada Jumaat (30 Mac 2012) selepas Solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pula lebih kurang 500 orang telah berhimpun termasuk beberapa wakil parti dan NGO yang membawa kain rentang sepanjang 100 meter dipenuhi dengan lebih 100,000 tandatangan mereka yang membantah penyenaraian FGVHB. 
 
Dramatis, Man Kadir@Pak Jabit memberikan kata-kata semangat sebelum perhimpunan
Sdr Wak Rabidin (Baju Putih), Ketua Cabang PKR Rompin turut memberikan semangat
Sdr Razali Alias - Ketua Penerangan PKR Pahang
Pengerusi Anak, Sdr Mazlan Aliman memberikan ucapan.  Turut kelihatan Sasterawan Negara, Datuk  A. Samad Said
 
 
Kain rentang diusung terus ke pintu bangunan Pejabat PM di Putrajaya
Tuan Hj Suhaimi Said berucap di hadapan pintu pagar bangunan Pejabat PM
Meskipun perhimpunan diadakan di dalam waktu bekerja dan dengan keadaan cuaca yang panas, orang ramai yang tidak bekerja pada hari tersebut tetap hadir memberikan sokongan. Selain dari beberapa pemimpin politik dari PKR, PAS dan DAP, wakil dari NGO juga turut hadir iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Jingga 13.

Perarakan diketuai antaranya, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Sdr Mazlan Aliman, Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar, dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.  Turut kelihatan bersama adalah Ketua Serikandi PKR, Sdri Siti Aishah.
 
Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa melaungkan kata semangat
Turut melaungkan kata-kata semangat, Sdr Khairul @ Jonah, Timb Ketua AMK Pusat
Mewakili SAMM, Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Hatta turut melaungkan kata-kata semangat
Ketua Serikandi PKR Pusat, Sdri Siti Aishah turut bersemangat
 
Mereka turut membawa kain rentang bertulis “Kami tolak FGVH”, “Selamatkan Felda”, "Tolak Isa Samad" dan beberapa perkataan yang menunjukkan bantahan terhadap penyenaraian FGVHB.  Laungan “Reformasi” dan slogan anti-Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berbunyi “Turun Isa Samad” dan “Isa Samad tipu peneroka” turut dilaungkan peserta perarakan. 
 


Sebaik tiba di pintu utama, peserta mendapati pintu pagar utama ditutup dan dikawal beberapa orang Polis. Mereka seterusnya bergerak ke pintu pagar berhampiran tempat letak kereta.  Selepas itu, beberapa wakil, termasuk A Samad Said masuk ke dalam bilik pengawal untuk berunding bagi memastikan memorandum sampai ke tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
 
Bersedia untuk menyerahkan memorandum
Kira-kira setengah jam kemudian, memorandum berjaya diserahkan kepada wakil Perdana Menteri kerana Najib menghadiri majlis pemakaman anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah. 
 
Menanti penyerahan memorandum di luar bangunan Pejabat PM
Sebelum itu, di dalam ucapan ringkas Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman beliau memberitahu perhimpunan kali ini adalah Mukaddimah kepada suatu perhimpunan yang lebih besar yang akan digerakkan secara agresif sekiranya kehendak para peneroka yang mahu membatalkan penyenaraian tersebut tidak diendahkan.
 
Lain-lain foto akan disiarkan di dalam FaceBook PKR Negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment