KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, July 5, 2011

`WAJAH' DILANCARKAN DI PERINGKAT NEGERI PAHANG



PKR Pahang menapak lagi ke hadapan sebagai membuktikan komitmen parti ini untuk menawan Negeri Pahang di dalam PRU Ke 13 akan datang bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat dengan Pelancaran WAJAH (Wanita Jelajah Kampung) Peringkat Negeri Pahang pada 02 Jul 2011 bertempat di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang.


Ketua Cabang PKR Bentong, Sdr Mohd Noor , Tuan Hj Hariss, seorang Peguam (PAS) dan Ketua Wanita Keadilan Pahang

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Turut serta adalah Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Keadilan Pusat iaitu Tuan Hj Suhaimi Said, Ketua Cabang PKR Bentong Sdr Mohd Noor dan juga wakil dari PAS iaitu Sdr Hariss. Ketua Wanita PKR Pahang juga turut hadir pada majlis pelancaran tersebut.


Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Keadilan Pusat, Tuan Hj Suhaimi Said (Baju Merah) dan Ucapan Perasmian Pelancaran WAJAH oleh Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (Baju Biru).

WAJAH adalah platform yang sesuai buat kaum Hawa terutamanya yang sudah berumahtangga untuk menjalin kerjasama sesama mereka di samping memperluaskan pengaruh di kalangan masyarakat setempat untuk terus menyokong Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat bagi melakukan perubahan khususnya di Negeri Pahang ini. Seperti yang disebut di dalam ucapan pelancaran, Dato' Fauzi menjelaskan bahawa golongan Hawa adalah golongan yang paling mudah untuk mencari pengaruh dengan sifat semulajadi yang mesra dan lembut.



Tidak terbatas seperti kaum Lelaki, golongan ini dapat memperluaskan pengaruh dengan berkempen dari rumah ke rumah bagi menerangkan dasar-dasar parti di samping dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Usaha berdampingan dengan masyarakat mestilah bermula sekarang tanpa menanti saat pilihanraya dan ianya hendaklah berkekalan kerana mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan bukan hanya ketika pilihanraya sahaja.

Ucapan dari Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat banyak menyentuh tentang isu felda yang mana golongan kaum Ibu dan wanita felda perlu tahu kedudukan sebenar.

Upacara Memotong Kek Pelancaran WAJAH Peringkat Negeri Pahang





Mudah-mudahan dengan tertubuhnya WAJAH ini, kekuatan PKR Pahang dapat digembelingkan secara bersama dengan badan Induk parti dan juga sayap-sayap dan biro seperti Biro Felda dan Orang Asal dan juga KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera). Berkat usaha gigih kita bersama, InsyaAllah, kita mampu memancu perubahan di Negeri Pahang ini demi kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment