KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, July 26, 2011

VIDEO - BICARA BERSIH 2.0 DI KUANTAN MALAM TADI

Oleh: WFAUZDIN NS

BICARA BERSIH 2.0 telah diadakan di Dataran Rakyat, Pejabat PKR Negeri Pahang, Kuantan pada 25 Jul 2011. Program anjuran PKR Negeri Pahang itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun pada tarikh dan masa yang sama satu lagi program anjuran PKR Cabang Paya Besar turut diadakan di Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan yang menampilkan Chegu Bard Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Program Bicara BERSIH malam tadi telah menampilkan Tokoh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Negeri), YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdri Siti Aisyah selaku Ketua Serikandi PKR Pusat, Sdr Nizam Abd Hamid (Timb. Pengerusi PKR Negeri), dan juga kehadiran Dramatis Pak Jabit @ Man Kadir.

Kesemua tetamu dan pemimpin yang berucap membacakan puisi atau sajak yang mempunyai kaitan dengan perjuangan BERSIH. Puisi yang dipersembahkan menyentuh perasaan para hadirin di mana YB Fuziah Salleh sendiri telah menceritakan pengalaman beliau dan anaknya ketika ditahan pihak Polis. Beliau tidak mampu menahan emosinya sewaktu membacakan puisi pada malam itu.

Pada malam tadi, kesemua yang berucap menggunakan " puisi " sebagai alat untuk menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Datuk A. Samad Said mengungkapkan di dalam ucapannya bahawa Puisi kini dianggap merbahaya pada pandangan pihak berkuasa. Beliau telah ditangkap dan disoal siasat seolah-olah beliau pengkhianat bangsa dan negara. Beliau dilihat lebih hina dari `malaun-malaun' penguasa ( pentualang bangsa & negara ) yang menjual Kad Pengenalan Palsu pada PATI semata mata kerakusan dan kesinambungan kuasa.

Sdri Siti Aisyah Ketua Serikandi PKR Pusat menyatakan, Bicara BERSIH 2.0 mengenangkan kembali Angkatan Sasterawan 40'an dan 50'an dalam menangani kebangkitan menentang Jepun dan British dengan membangkit semangat kebangsaan hanya dengan menggunakan pena sebagai senjata. Beliau yang pernah diugut dengan ancaman rogol oleh mereka yang tidak senang dengan keberanian Serikandi PKR ini berucap penuh semangat dan menarik perhatian para hadirin.

Para hadirin juga gamat seketika apabila Sketsa yang dipersembahkan oleh Kumpulan dari AMK mengambil tempat. Sketsa yang dipenuhi dengan unsur jenaka menyindir pihak Polis yang bertindak ganas pada Perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Sindiran penuh makna dari Sketsa itu juga memperlihatkan bagaimana kelakuan dari kumpulan PERKASA yang diketuai oleh Ibrahim Ali dan juga dari Kumpulan Silat Lincah yang diketuai oleh Omar Din termasuk juga Kumpulan Patriot yang diketuai oleh KJ sewaktu mereka `mengancam dan mengugut' Penganjur BERSIH untuk membatalkan niat berhimpun pada 09 Jul yang lalu. Adakah rakyat takut dengan ugutan mereka? Terbukti, pada 09 Jul yang lalu, siapakah `bacul' yang sebenarnya.

Paling menyentuh perasaan berbaur emosi, apabila para hadirin dipersembahkan dengan montej tayangan video rakaman Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Terbukti, terlalu banyak adegan-adegan tingkah laku pihak Polis yang ganas dan keterlaluan dapat dirakamkan dan malangnya semua adegan tersebut tidak ditayangkan di kaca TV kita. Adakah rakyat akan tertipu dengan helah mereka yang menayangkan rakaman video melalui TV?

Kesimpulannya, program Bicara BERSIH 2.0 malam tadi benar-benar meninggalkan kesan terhadap mereka yang hadir. PKR Pahang akan terus merencanakan program seumpama ini agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan propaganda mereka. Tahniah buat semua yang terlibat di dalam program malam tadi.

Jika anda gagal ikuti video di bawah, sila lawati klik di bawah untuk menonton video Bicara BERSIH.

Klik sini.

Klik sini.

Klik sini.

Ihsan Video Oleh: Kapt (B) Yazid

VIDEO - SDR NIZAM ABD HAMID (TIMB. PENGERUSI PKR PAHANG)



VIDEO - DATO' FAUZI ABD RAHMAN (PENGERUSI PKR PAHANG)



VIDEO - YB FUZIAH SALLEH MENITISKAN AIR MATA



VIDEO - SERIKANDI PKR, SITI AISYAH



VIDEO - DATUK A. SAMAD SAID

No comments:

Post a Comment