KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, July 6, 2011

Hambatan ke atas BERSIH 2.0 berterusan

Jul 6,

Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Di Negeri Sembilan, dua aktivis PKR ditangkap semalam kerana memiliki barangan berkaitan BERSIH.

Menurut ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (kiri), ahli parti itu R Tangam ditangkap ketika memakai baju T kuning BERSIH 2.0.

Tangam dikatakan disoal-siasat di ibu pejabat polis daerah Seremban selama tiga jam dan dibebaskan kemudian.

Menurut Badrul Hisham, seorang lagi aktivis PKR Norliza Shamsudin, 49, ditahan apabila polis menjumpai butang lencana BERSIH 2.0 di dalam poketnya.

Norliza pula dikatakan ditahan pada jam 1 petang dan belum dibebaskan. Badrul Hisham berkata Norliza juga dinafikan sebarang hak lawatan.

"Polis bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang. BERSIH 2.0 telah mengadap Agong dan bersetuju bahawa perhimpunan diadakan dalam stadium,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Taklimat dihalang

Malam semalam, dewan komuniti Seksyen 7, Kota Damansara yang digunakan bagi memberi taklimat kepada sekumpulan ahli PAS dan PKR Subang terganggu apabila polis bertindak mengepung bangunan itu.

Menurut peguam Farhana Abdul Halim, PKR bahagian Subang menjemput kumpulannya- Lawyers for Liberty - untuk mengendalikan taklimat berhubung hak rakyat apabila ditahan polis.

Katanya, kira-kira 50 anggota polis menyerbu dewan itu dan berkata permit polis diperlukan bagi majlis itu.

"Kami amat kecewa dengan polis, khususnya setelah BERSIH 2.0 telah mengadap Agong, Mereka telah dapat lampu hijau untuk teruskan (perhimpunan itu).

"Hujah bahawa kumpulan ini tidak mempunyai permit juga tidak berasas. Awak tidak perlukan permit untuk mesyuarat di dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim juga dihalang daripada memasuki dewan.

Polis memaklumkan bahawa mereka menerima arahan daripada pihak atasan supaya majlis itu tidak diadakan.

Atas arahan polis, orang ramai bersurai kira-kira jam 10.00 malam tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu Harakhdaily melaporkan ahli jawatankuasa pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan blogger Milo Suam ditahan polis kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di Subang.

Difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju BERSIH 2.0 di dalam kereta semasa ditahan di Jalan Gleenmarie./Malaysiakini

No comments:

Post a Comment