KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, July 7, 2011

MENGAPA SPR DAN UMNO TAKUT PADA BERSIH? PENDEDAHAN TERBARU MENGGEMPARKAN

Tidak sukar untuk memahami mengapa kerajaan begitu bimbang dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada Sabtu 09 Jul ini di Stadium Merdeka. Bukan kerana BERSIH diresapi fahaman komunis, bukan juga disebabkan BERSIH dipimpin oleh wanita India berugama Hindu. Kesemua alasan tersebut adalah propaganda media kerajaan untuk menyembunyikan sesuatu kemungkaran yang lebih dahsyat dari pengetahuan rakyat.

Apakah benar PAS terutamanya di bawah Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi, Prof Dr Harun Din dan kesemua Dewan Ulamak PAS sanggup bersekongkol dengan fahaman Komunis? Lojikkah sebuah parti yang sejak mula penubuhannya meletakkan dasar Islam iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak, Ulamak dan Qias ini boleh bersatu dengan BERSIH yang dianggap diresapi fahaman Komunis?

Mengapa dikaitkan dengan Datuk S. Ambiga seorang India berugama Hindu dengan penentangan terhadap BERSIH? Adakah seorang India berugama Hindu yang mahu memperjuangkan keadilan dan ingin membersihkan penipuan tidak boleh disokong? Mengapa sewaktu BERSIH 1.0 tahun 2007 dahulu yang dipimpin oleh Syed Shahir seorang Melayu berugama Islam, mereka tetap menentang BERSIH?

Hakikatnya, mereka amat bimbang jika penipuan mereka selama ini terbongkar. SPR telah banyak banyak dibuktikan tidak telus di dalam mengendalikan sistem pilihanraya di negara ini. Kita didedahkan bagaimana alamat rumah bonda YB Azmin, Timbalan Presiden PKR sendiri mempunyai beberapa pengundi dari kaum Cina. Jika alamat rumah bonda kepada Timbalan Presiden PKR itu pun sudah ada penipuan alamat pengundi, mustahilkah perkara yang sama di tempat lain? Bagaimana pula dengan pendedahan Harakahdaily, satu alamat mempunyai 88 orang pengundi? Baca di sini.

Terbaru, diberitakan bahawa terdapat 17,000 nama pengundi didapati bertindih untuk mengundi di dua tiga tempat di Selangor seperti yang didedahkan oleh Pemuda PAS Selangor hari ini. Perlu disiasat juga, terdapat dakwaan lebih 72,000 pengundi pendatang asing yang didaftar oleh SPR untuk mengundi di Selangor. Perkara yang sama juga difahamkan berlaku di beberapa buah negeri di bawah Pakatan Rakyat. Pendedahan gempar ini dijangka akan didedahkan oleh PAS Selangor sehari dua ini. Difahamkan bahawa laman Web SPR untuk menyemak Daftar Pengundi mula terganggu beberapa kali selepas pendedahan demi pendedahan dibongkar.

Justeru itu, tidak menghairankan sebelum ini Najib memberi amaran akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun termasuk untuk merampas Selangor dengan kaedah yang sama. Ini semua jelas membuktikan bahawa mereka amat bimbang dengan kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan melalui proses demokrasi yang adil. Fakta jelas membuktikan bahawa SPR sebenarnya bersekongkol dengan Umno untuk terus mengekalkan kuasa parti yang semakin ditolak rakyat ini.

No comments:

Post a Comment