KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, July 28, 2011

KIBARKAN JALUR GEMILANG TAPI BUKAN UNTUK NAJIB

Tidak beberapa lama kita semua akan meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Sememangnya semenjak tahun 1998, keceriaan menyambut Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun itu tidak lagi semeriah dulu di mana boleh dikatakan hampir semua kenderaan akan memasang bendera Jalur Gemilang kebanggaan kita bersama termasuk di rumah-rumah, pejabat dan juga di premis-premis perniagaan.



Mengapa keceriaan itu mulai hilang semenjak tahun 1998? Ianya bermula apabila era kezaliman pemerintah terhadap seorang tokoh politik yang disayangi rakyat dizalimi dan dianiayai. Pada tahun itu jugalah era perpecahan bangsa Melayu paling hebat berlaku di dalam sejarah negara. Orang-orang Melayu pada ketika itu tidak menyangka tokoh yang mereka sanjung yang mereka harapkan bakal mewarisi kerusi PM telah dikhianati dan dizalimi dengan satu fitnah yang samasekali tidak masuk akal.

Pada ketika itu, parti Pembangkang terutamanya PAS mendapat hikmah dari apa yang berlaku. Secara mendadak PAS telah muncul sebagai parti terkuat kerana dasar PAS yang berpegang kepada dasar Islam yang membela sesiapa sahaja yang dizalimi hatta orang itu dahulunya `musuh' buat PAS. Di saat itu lah, era reformasi bermula dengan hebat dan pada ketika itu rakyat tidak lagi berselera untuk meraikan Hari Kemerdekaan kerana mereka menganggap rakyat di negara sebenarnya belum merdeka di dalam ertikata yang sebenar.

Sehinggalah kini, rakyat tidak berselera seperti dahulu apatah lagi berada di bawah kerajaan yang dipimpin oleh Najib. Kezaliman terus berleluasa malahan bertambah dan rakyat masih belum merdeka sepenuhnya. Apakah boleh dikatakan merdeka sekiranya untuk berhimpun secara aman pun dicop sebagai Pengganas atau perusuh? Rakyat didera sewaktu berhimpun yang sepatutnya mereka terpelihara dari segi undang-undang.

Semalam, Najib cuba untuk melalaikan rakyat dari mengingati kezalimannya pada 09 Jul yang lalu. Najib mengagihkan Jalur Gemilang dengan harapan keceriaan menyambut Kemerdekaan kembali berulang seperti dahulu kala. Maka, Najib pun memberikan `petua' kununnya sesiapa yang mengibarkan Jalur Gemilang bererti mereka akan sanggup pertahankan negara ini dari ancaman `musuh'? Musuh siapa? Musuh negara atau musuh Najib dan partinya? Baca kenyataan Najib di sini.

Niat Najib jelas, disamping mengagihkan Jalur Gemilang diagihkan juga risalah yang ada kaitan dengan demontrasi. Bukan sukar untuk membaca strategi Najib untuk mempergunakan hari sambutan Kemerdekaan untuk memulihkan kembali imej beliau dan partinya yang semakin `hanyir' itu. Adakah rakyat akan terpedaya? Tidak, Najib sudah terlalu kerap menipu rakyat dan kali ini tiba giliran rakyat untuk `menipu' Najib.

Kita tetap menghormati Jalur Gemilang, kita juga sayangkan tanahair kita yang tercinta ini. Kita juga tahu siapa musuh negara yang sebenarnya. Jika Najib menyebut bahawa musuh negara bukan lagi bersifat ketenteraan atau dari negara asing tetapi musuh negara itu adalah `puak pengacau' di dalam negara ini. Siapakah yang dimaksudkan oleh Najib `puak pengacau' itu? Jawapannya, kita kerap mendengar dari media kerajaan bahawa ungkapan `puak pengacau' dirujukkan kepada BERSIH yang berhimpun pada 09 Jul yang lalu. Terbukti, Najib sasarkan agar rakyat membenci BERSIH sekali gus menyokong kuat beliau dengan mempergunakan hari sambutan Kemerdekaan nanti.

Kita tidak sebodoh yang Najib sangka. Kita sayangkan negara ini sebab itulah kita mahu kerajaan yang ada hari ini di`rehat'kan menjelang PRU ke 13 akan datang. Negara sentiasa berada di dalam bahaya sekiranya orang seperti Najib dan Rosmah berada di kerusi empuk PM. Najib gagal menyelamatkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu jauh sekali kepentingan orang-orang Islam dan bangsa serta agama lain.

Mungkin hanya Rosmah sahaja yang merasai nikmatnya `merdeka' apabila berada di sisi suami yang berkuasa. Rakyat tidak merasai nikmat kemerdekaan dengan keadaan ekonomi yang teruk dan kenaikan harga barang yang tidak lagi terkawal. Adakah dengan mengibarkan Jalur Gemilang rakyat boleh melupakan isu kehilangan Saham Bumiputra, kehilangan banyak tanah rezab Melayu atau dapat menyelamatkan wang simpanan KWSP dari disapu?

Tidak salah untuk sesiapa sahaja yang mahu mengibarkan Jalur Gemilang menjelang 31 Ogos ini nanti, tetapi jika mengibarkan Jalur gemilang itu hanya untuk memperbaiki `kehodohan' kepimpinan Najib, lebih baik disimpan sahaja bendera itu.

Kita lihat nanti, berapa ramai yang boleh mengibarkan Jalur Gemilang yang diberi percuma itu.

No comments:

Post a Comment