KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, July 14, 2011

`DEKLARASI' KAMPUNG KUNDANG - MASYARAKAT ORANG ASAL MENYOKONG PKR

Sebaik kembali dari menghadiri Perhimpunan BERSIH 2.0 di Ibu Negara pada 09 Jul baru-baru ini, pimpinan Keadilan Negeri Pahang tidak mempunyai banyak masa untuk berehat. Program parti terus diatur di setiap Parlimen dan Dun seluruh negeri Pahang bersama-sama rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat di negeri ini bagi membuktikan komitmen Pakatan Rakyat untuk menawan Pahang di dalam PRU ke 13 akan datang.

Ketibaan Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman disambut secara tradisional
oleh Masyarakat Orang Asal Kg Kundang.


Di antara kepimpinan yang hadir. Turut kelihatan Sdr Rebin Berham.

Setelah banyak program penerangan dijalankan di merata kawasan bandar dan luar bandar meliputi ke beberapa kawasan felda yang dahagakan maklumat terkini, Keadilan Pahang juga tidak pernah melupakan perkampungan Orang Asal yang sering ketinggalan dari arus pembangunan.


Di antara penduduk Orang Asal setempat yang hadir. Turut kelihatan Pengerusi Majlis, Sdr Ismail Leh, Tuan Hj Suhaimi Said dan Puan Fatimah Bahsin.

Pada 13 Jul 2011 baru-baru ini, Pengerusi Keadilan Negeri Pahang sendiri iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman telah turun ke kawasan penempatan Orang Asal di Kg Kundang, Rompin bersama beberapa pimpinan Keadilan yang lain. Beliau hadir bagi merasmikan Program `Memperkasakan Deklarasi Hak Orang Asal' yang bermula pada jam 11.00 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh penduduk-penduduk di situ yang sejak awal pagi lagi menanti program dimulakan.

Ucapan Perasmian oleh Dato' Fauzi Abd Rahman

Di antara pimpinan yang turut hadir adalah Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Tuan Hj Suhaimi Said, Sdr Rebin Birham selaku Setiausaha Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, dan beberapa pimpinan PKR tempatan. Majlis diPengerusikan oleh Sdr Ismail bin Leh. Ketua Ranting PKR Kg Kundang, Sdr Rani telah memainkan peranannya dengan baik sekali bagi menjayakan program tersebut dengan kerjasama semua penduduk di situ.


Dato' Fauzi Abd Rahman menerima cenderahati kraftangan dari wakil penduduk. Beberapa acara yang dijalankan pada program tersebut. Turut Kelihatan Dato' Fauzi mencuba menyumpit belon.

Tuan Hj Suhaimi Said telah menyampaikan ucapannya dengan menyentuh beberapa perkara berkaitan kepentingan dan hak Orang Asal. Perasmian program tersebut telah dilakukan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman. Sebelum itu beliau berucap dengan menyentuh beberapa isu politik semasa yang mempunyai kaitan dengan kepentingan masyarakat Orang Asal. Isu Perhimpunan BERSIH 2.0, isu rampasan tanah, kenaikan harga barang serta memberikan jaminan kepada masyarakat Orang Asal ke arah kehidupan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat dapat mengambil alih Pusat dan Negeri Pahang.

Dato' Fauzi Abd Rahman menyampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta kanak-kanak yang mengambil bahagian di dalam acara menipu belon dan mengumpul gula-gula.

Beberapa acara telah diadakan pada pagi tersebut yang mana acara-acara berkenaan telah diatur sendiri oleh masyarakat Orang Asal di Kg Kundang. Di antaranya adalah nyanyian, bermain alat muzik, tarian masyarakat Orang asal, meniup belon dan mengumpul gula-gula untuk kanak-kanak dan juga menyumpit belon. Suasana amat meriah dengan sambutan yang begitu baik sehingga majlis selesai walaupun di dalam keadaan cuaca yang agak panas.

1 comment:

  1. nampaknya org asal sudah bijak memilih pemimpin,demi rakyat kuburkan umno dan barisan nasional pd pru-13!!

    ReplyDelete